2:22

Dengan seramai 22 ribu pelari dalam semua kategori, KL marathon tamat sudah pagi tadi dengan meninggalkan kenangan pahit manis di kalangan runners semua. Aneka jenis ragam pakaian dok ada dan pelbagai jenis bentuk stail larian juga ada yang laju dan ada yang slow.

Semua dengan satu niat iaitu berlari untuk kesihatan dan suka-suki bersosial dengan kengkawan. Larian hari ini juga mencatat sejarah kerana jumlah penyertaan paling ramai. KL marathon adalah hari raya bagi semua runners di Malaysia. Mereka yang bergelar runners harus meraikannya tak kiralah berapa jauh km yang disertai – asal boleh join sajalah. Acara besar di tempat tanah tumpah darah sendiri. Paling best ada yang bentang tikar kul 1 pagi dah terpacak kat Dataran Merdeka walaupu race untuk full mula jam 5.15 pagi. Begitulah komitednya mereka cinta sayang pada acara larian ini.

Aku turut join dlm acara separa marathon dengan akhirnya tamat dengan catatan masa 2:22.30 saat naik 6 minit jika dibandingkan dengan tahun lepas iaitu 2:16. Geselan peha yang pedih membuatkan aku lari mengangkang sejauh 6 km. Vaseline yang aku sapu sebelum perlumbaan dah tak lut lagi kerana aliran peluh menghakis jelly minyak ini. Sampai la ni pun pedih lagi.

Pada setiap pengkalan water station yang aku jumpa aku ambik air minum dan menyamar sponge putih untuk lap2 dimuka. Banyak juga masa aku terbuang pasal asik singgah kat water station kat situ.

Tahniah pada mereka yang telah berjaya pada tahun ini tidak kira apa jenis pencapaian yang dicapai. Naik podium, pacer terbaek, catatan peribadi terbaek, dapat sayor musuh tradisi, kali pertama masuk full dan berjaya menghabiskannya juga lain2. Semuanya meninggalkan kenangan yang indah – badan sihat otak pun sihat sama dan dapt meneruskan penghidupan dengan sempurna….insyallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: