PD-OD

Lagi 2 hari…jeng…jeng….mampukah aku menamatkannya.

Sukat jarak acara ini sama dalam pertandingan sukan olimpik maka ianya digelar OD (olympic distance), kalaulah cerita silabu labi tidur di serambi berangan mimpi esok aku nak masuk OD…esok aku nak masuk OD…mengantikan ayat sok aku nak cari kayu 3x – pastinya filem ini akan jadi lebih terangkat. Adakah Mariani akan menjadi duyong? ataupun dia berbikini menunggu labu labi di garisan penamat? ke Samantha memegang watak itu dan Unc Chan sebagai Hj. Bakhil?….kuang….kuang…kuang.

Pastinya semasa filem P.Ramlee tahun 1962 itu acara triathlon ini tidak wujud lagi. Saja aku tulis berilusi syok2. Oh OD…oh OD – tidak aku mengharap untuk tumpang semangkuk atas gahnya namamu itu, tetapi aku sekadar dipinggiran (francisca) di tepi2 peserta hebat datang dari segenap pelusuk. Juga cuma mengisi waktu join untuk suka suka demi riadah untuk kesihatan badan. Juga kekadang alpa diri masa race pulun bagai nak rak pastu mulalah sengal sana cramp sini. Tau amat faham, usia meningkat stamina menurun. Tak kan terbalik pulak umur naik stamina meningkat. Lain citer kalau ada motor titanium dlm kaki macam six million dollar man.

Sungguh gempak acara ini dengan penyertaan triathlete dari luar negara berkumpul reramai di PD. PD amat selalu aku kunjungi untuk percutian keluarga kerana dekat perjalannya dan pantainya sangat ok untuk swim. Inilah satu2nya laut yang patut kita kunjungi. Taraf aku dalam kelompok 10 terakhir geli2 ala kampung sahaja…harap maklum. Mileage ran kurang, mileage beskal apa lagi cuma swim je kut yang ada sikit lebih itu pun slow.

Berapa lama timing nak sampai ke finishing line – no hal, berjalan pun ok. Nak training2 lebih masa bulan Jun/Julai busy fenin jadi pengurus olahraga pastu tumit macam nak kena plantar siri 2 (sebelah kiri) dan lutut aku punya kusyen makin lama makin nipis. Petang tadi jog dalam 6km pun rasa macam senggal. Ran bersama Dr. Tan & Din, wah kemain rancak lagi dia oang tinggalkan aku bertiang2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: