TADI TRI

PD Tri kategori OD selesai pagi tadi dengan penyertaan peserta daripada 27 buah Negara. Ramai betul tahun ini dan terasa sangat meriah. Aku termasuk dalam kelompok kategori 40-49 thn dan alhamdulillah dapat menamatkan perlumbaan tanpa apa2 perkara buruk spt tayar pancit dan kemalangan.  Cuma masa swim tadi, terasa bimbang dengan kaki kengkawan lain. Risau takut tertendang kat kapla wa. Aku terpaksa sauk tangan tutup kapla macam main pedang2 bagi kaver kaki2 yang simpang peranang di hadapan aku. Tahu jelah geng2 tri ni kaki semua power – semua lupa diri bila dalam race. Kalau kena pening boleh lemas tau.

Bering terkeluar sedikit masa nak patah balik tapi terkawal dan sampai dlm masa 36 minit. Oang umah kata pesal lambat sangat. Aku cakap ok la tu, tak kan nak sampai 20 minit pulak. Rupa2nya dia ingat aku swim 750m macam tahun lepas kategori sprint.

Transation area berjalan lancar dan terus kayuh menuju ke Linggi dengan pemandangan yang cantik tapi tough jugak berbukit2. Sepanjang perjalanan berbasikal aku menelan 2 power gel dan sebotol air markisa. Air markisa ni beli cara tak sengaja kat petrol pump cos nak cari gatorade tak jual lak pepagi buta kat sana. Bercampur dgn power gel – len macam perut aku terkejut.

Best berkayuh sambil menikmati pemandangan. Masa menurun bukit aku tekan minyak lebih tapi masa naik bukit azab beb. Beskal selesai dalam masa 83 minit. Ramai betul pro dan beskal pun cangih. Macam2 fesyen dan warna. Sempat aku menyapa mana2 geng yang kenal. Kes tayar pancit ada sorang je yang aku nampak disepanjang perjalanan.

Displin run kali ini – aku betul2 merundum cos cuaca panas dan nak jaga kaki sama cos mengelak heel pain injury aku jadi makin teruk. Lagipun mileage train pun slim sangat. Berbeza masa tri di Mersing dulu run dlm hujan dan aku pulak langsung tak berhenti. Tetapinya hari ini –  ran stop pastu ran balik sampai selesai dan akhirnya completed dalam masa 3 jam 03 minit guna stop watch aku, mungkin race result nanti lain sikit. Walau apa pun route baru laluan ran tepi laut menuju ke bayu memang klasik  – aku suka. Dari atas bukit nampak laut Selat Melaka indah permai. Tahun depan pasti join lagi kalau diizinkan Tuhan, memanjat kesukuran masih boleh lagi begenang, bike dan run walau cuma geli2. Ramadan hampir tiba, PD tri berlaboh sudah.

12 Responses to “TADI TRI”

  1. RaY Says:

    Tahniah KR! memang terbaek, timing dasat

  2. Diket Says:

    Tahniah bro! Sempoi. Nampak senang je kau buat kan? Hehe.

  3. runnaz Says:

    meh ajar swim skit……….tunjuk ajar ku sifu

  4. Deo Says:

    Congrats KR, memang terbaek lah!

  5. zulhassan Says:

    saya hilang kondipen lah tok masa renang, jom latih bersama kalau ada masa. Apa2 pun tahniah sebab enjoy dalam race..

  6. jaja Says:

    kak pah cari KR kat finish line, tapi tak jumpa.

    tahniah orang muda, semoga kekal cergas sihat dan awet muda, hehehe

  7. hanchik Says:

    macam biasa..anda hebat tok…tahniah di ucapkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: