KAYUH TADI

Pagi tadi diadakan kayuhan bersama geng CAR di Putra Jaya. Kayuhan sempena merasmikan jersey (baju beskal) CAR. Bermula dari POJ pada jam 8 pagi dan terus megelilingi daerah Putra Jaya. Ada kut dalam 30/40km. Cat eye meter aku rosak maka kadar speed dan jumlah mileage kantoi tak dapat ku ketahui. Sampai dalam 15km berkayuh hujan pun turun. Wah memang superb berkayuh dalam hujan. Kekadang melanggar lopak air wheel potong zasss terpercik ke tepi. Masa turun bukit seperti biasa buat henjutan sikit tapi berhati2 jalan licin dan bila naik semula mulalah angin kus kus datang membuatkan aku macam kehabisan oksigen (abis gas gamaknya). Advantage weight aku terlebih (masih dlm 79kg dan lama dah tak timbang) dan beskal pun agak berat maka momenton untuk turun bukit ada sikit laju. Cuba mengayuh cadence dlm bentuk bulatan masih dlm latihan dan tak bape progress lagi. Sebelum kayuhan Oren Man belanja nasi lemak & beehon bungkus – bentang lapik tikar kat parking di sana. Oren man belanja mungkin sedekah nak sambut puasa agaknya. Kehadiran tadi Aku, Hilmi, Ida, Zizi, Yim, Kiki, Adai, Hanapi, GG, Sab, Napi, Fairul dan Oren Man. Bagus, semua macam satu keluarga dan lenkali boleh kita berkayuh lagi beramai2. Berkayuh dalam kumpulan memang seronok dan bila penat slow pastu melaju balik. Bukan nak kejo apa pun. Kekadang jumpa kedai mamak boleh layan kena teh tarik dulu. Hobby la kata kan benda ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: