5 HARI SUDAH

Lima hari sudah bulan Ramadan bersama kita dan lima hari jugak aku tak mencoret di rumah lakaran hati ini.

Mengingati peristiwa lepas dimana pada hari ahad lalu aku join breakfast run di Bkt. Jelutong anjuran adination Shah Alam yang dikemudi oleh Edan dan berjaya dia menganjurkannya walaupun tak tido semalamam. Aku nengok geng Adination Sh Alam ni memang terbaiklah. Bagus route Bkt. Jelutong ni walaupun berbukit2. Jangan komplen pasal bukit2 ni cos laluan memanjat bukit pasti jugak akan diikuti laluan menurun – aku kira fair la tu. 10km ran itu tamat dengan masa 59:20. Lihatlah gambo aku memecut utk ke finishing line lepas gian walaupun masa naik bukit slow giler mcm kura2. Tunggu cabutan bertuah pulak tak kena.

Sebelah petang balik ke Kampung berjumpa adik beradik dan terus menziari pusara ibu dan bapa. Singgah membeli buahan kampong asli (oang kampong tanam sendiri) spt nenas, pisang abu, air kelapa di stall tepi jalan Kg. Johan setia. Makan mee rebus di restoran Telok, petik buah pulasan kat dusun.

Pada sebelah malam pula maka bermulalah aktiviti berterawikh di Masjid Bulat Seksyen 17. Masjid ini telah ada penghawa dingin. Pengerusi masjid semasa berucap – “masjid ini telah sejuk hawanya dan tiada masalah panas seperti dulu jesteru marilah kita terus berterawikh sampai 21 rakaat dgn khusuk”. Aku ucapkan tahniah kepada Dato’ Zul yang telah merealisasikan pendingin hawa ini.  Walau begitu aku tetap buat sampai 8 rakaat sahaja & 3 witir. Mungkin malam seterusnya aku dapt buat penuh.

Melihat kalendar di dinding, bulan ramadan sudah hampir angka hari ke 6 dan seterusnya meningkat lagi mencemburui masa – masa sungguh cepat bermakna makin hampirlah ramadan akan meninggalkan kita. Semoga aku dapat meraikannya, mensyukuri bulan ini. Hari raya tiba aku hiba. Walaupun ramadan akan datang jua pada tahun depan tapi adakah kita masih bersamanya atau tidak, izin Allah bersua.

Selamat berpuasa semoga sepanjang bulan yang barakah ini dapat beroleh ketenangan hendaknya. Semalam aku ran 5k rasa ok, harap juga kengkawan lain pun training jugak dan jangan posa dijadikan alasan….wasalam, bubur lambok oang bagi pada selasa lalu masih simpan dlm peti ais, hari ini kalau ok tak basi akan ku panaskan. Bukan tak mau makan, sebab perut sengkak dgn makanan lain.

One Response to “5 HARI SUDAH”

  1. Deo Says:

    Selamat berpuasa KR! Mantaplah timing 10km tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: