MOREH dan BAT

Selepas habis terawikh di Masjid bulat tadi seperti biasa aku mesti menjamah seketul kuih dgn air yang dihidang. Malam ini ada kuih qasidah, apam, teh panas, kopi dan air sirap. Aku ngap seketul bersama setengah gelas teh tarik. Sedap kuih qasidah ini terasa lemaknya.  Mungkin teman2 tak kenal akan nama kuih ini, ada juga yang memanggil sum sum berlauk. Kuih tradisional ni.

Sambil bermoree aku pun berborak dengan staf BAT (British America Tabocco). Abis dah dok semeja tak kan nak diam je. Pertama kali jumpa, aku yang menyapa dulu – biasalah aku ni kan peramah. Haha perasan peramah lak. Tak sempat nak tanya nama kawan se terawikh aku ni. Yang pastinya dia mesti seusia dengan ku.

Sambil menguyah dan minum bersama teman aku ini maka dapatlah aku info darinya mengenai tempat dia berkerja: i) BAT ini mendapat keuntungan 4 juta sehari dari produk berasaskan tembakau (rokokla), ii) Kilang ini juga mengeluarkan tembakau yang diproses dan di eksport ke Jepun. iii) Setelah ditolak jumlah kos produksi keuntungan bagi pihak BAT hanyalah rm1 sahaja (sekotak) manakala gomen pula mengambil rm5 sebagai tax. Bayangkanlah berapa besar perniagaan ini dan begitu banyak keuntungannya diberi kepada gomen. iv) Gomen caj tax yang tinggi kerana ingin menyekat oang ramai dari membeli benda berasap ni tapinya permintaan tetap tinggi. Smart tak gomen. v) Sebanyak 3 ribu pekerja ada di dalamnya dan 4 shift produksi. Kekadang kita lalu di situ pun tak perasan tentang wujudnya kilang gergasi pengeluar rokok memudaratkan manusia. Info ni semata2 dari sumber dengar cakap diantara aku dan dia. Aku mendengar dan percaya lalu tulis kat sini. Lain2 hal tak sempat nak berborak lanjut cos oang umah dah tunggu nak balik sesama.

Kilang ini hanya beberapa ratus meter sahaja dari Masjid bulat. Bulatan yang menghala ke SS2 itu dipanggil Bulatan Rothmans kerana sememangnya kilang ini asalnya ialah kilang Rothmans (Philip Morris International) sebelum BAT mengambil alih. Bulatan ini bersebelahan betul dengan kilang ini. Bulatan ini juga telah ditukar menjadi simpang empat dan dipasang traffic light mungkin boleh siap dalam bulan depan. Lepas ni mungkin tak sesak lagi agaknya dan tiadalah laluan berbentuk bulatan lagi. Simpang empat dengan lampu isyarat me”arwah”kan bulatan yang dipanggil Bulatan Rothmans. Memandu tak membulat lagi tapi kena tunggu trafic light. Hijau jalan, merah stop.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: