AL KISAH

Al kisah bukan kisah aku lah tapi kisah seorang pelukis impressionist hebat yang bernama Vincent Van Gogh. Pernah tak dengau lagu starry, starry night…tu kisah dia la (link kat bawah)…sesekali jom lah kengkawan semua ambik tahu kisah art pulak.

Kalau berpeluang gi ke Amsterdam rugi rasanya kalau tak singgah ke Museum Van Gogh. Rugi ler ye, tapi yang tak minat art pe de kisah. Setiap tahun, sekitar satu setengah juta orang mengunjungi Muzium ini. Kebanyakannya pelawat dari luar negara…ialah tak kan penduduk Belanda hari2 nak datang nengok…kan.

Suka aku kisahkan disini tentang manusia kreatif dan pelik ini. Van Gogh yang semasa hidupnya pada abad ke-19 telah menjalani kehidupan yang pelik dan amat berbeza kalau dibandingkan dengan kengkawan lain. Penuh dengan pergolakan diri serta bernasib malang dan selalu pula kehilangan orang-orang yang dikasihinya.  Masalah kewangan pula menambah deritanya lagi kerana tiada orang yang nak membeli karya yang dihasilkannya ketika itu. Fulus tak ada memang membantut segalnya.

Kekecewaan itu akhirnya mendorong Van Gogh untuk membunuh diri. Setelah beliau tiada lagi di dunia yang fana ini barulah bintangnya mulai bersinar. Hal ini disebabkan oleh genre atau gaya karya lukisannya yang menarik dengan warna-warni yang hidup dan mempunyai keunikan tersendiri. Orang dari berbagai kalangan mulai menghargai karyanya. Pada sisi lain, orang tertarik pula pada kisah hidup Van Gogh yang pelik itu. Beliau adalah contoh tentang seorang seniman yang genius dibayangi oleh rasa kesepian yang amat sangat.

Van Gogh lahir tahun 1853 di desa Zundert. Sejak usia muda beliau merantau di segenap Eropah & Belanda. Pada tahun 1885, di Nuenen, beliau melukis gambar yang terkenal berjudul “Pemakan Kentang”, sebuah potret suram tentang keluarga petani. Tahun berikutnya beliau pergi ke Paris. Saudara lelaki Van Gogh bernama Theo, seorang pedagang lukisan di Paris, menunjukkan padanya berbagai lukisan dan gambaran aliran Impressionist, yaitu para seniman yang menggunakan warna dan cahaya dengan cara yang lebih halus daripada yang dilakukan Van Gogh. Vincent juga amat teruja kepada lukisan-lukisan dari Jepun. Catannya telah dipengaruhi dari apa yang dilihatnya.

Pada tahun 1888, Vincent menyewa sebuah studio di selatan Prancis : “Rumah Kuning” di Arles. Beliau menulis pada adik perempuannya Wil bahawa keindahan alam yang luar biasa di daerah selatan mendorongnya mencoba teknik melukis yang baru: “Warna yang menonjol : biru langit, merah muda, orange, merah terang, kuning cerah, hijau cerah, merah anggur yang cerah, ungu”. Vincent banyak melukis pemandangan disebabkan beliau tidak mampu membayar upah model untuk lukisan figura, walau begitu dia melukis hanay memakai potret dirinya sendiri. Nengok cermin lah kut.

Seniman Prancis Paul Gauguin tinggal bersama Vincent, tetapi kemudian mereka berselisih pendapat. Van Gogh yang kebingungan kemudian mencabar Gauguin dengan pergaduhan. Tak lama kemudian Van Gogh memotong pula sebagian kuping telinga kirinya, entah kecelakaan atau sengaja. Terdapat beberapa lukisan dirinya menunjukkan kuping telinga kirinya dalam keadaan berbalut.

Gangguan jiwa Van Gogh semakin parah dan kemudian beliau mendaftarkan dirinya ke hospital psikiatris untuk mendapatkan rawatan. Ketika itu beliau membuat lukisan yang terkenal yaitu pohon-pohon cemara dan langit penuh bintang. Pada tanggal 27 Julai 1890 beliau berjalan ke ladang jagung dan menembak dirinya sendiri di bagian dada. Beliau mati dua hari kemudian. Kisah hidupnya kerap dijadikan lagu, filem, novel, rujukan, sketsa, kajian pelajar, iklan dan ikon persembahan sehngga kini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: