ELAK TRAINING SEBELUM BERBUKA

Renung2kanlah, kalau tersalah menuntut harap balik ke pangkal jalan: Artikel Berita Harian 11 Ogos 2011

Ramai mungkin cuba melakaukan eksesais ketika Ramadan termasuk mereka yang berusaha menjadi ‘lebih sihat’ dengan bersenam kerana mempunyai anggapan kurang makan ditambah senaman dapat membantu menguruskan badan.

Bagaimanapun, secara realitinya, anggapan seperti itu boleh menyebabkan kesan sebaliknya hingga menjejaskan kesihatan orang itu dengan serius.

Ada memilih melakukan senaman berat sejurus sebelum berbuka untuk mengurangkan berat badan. Itu boleh membawa risiko kekurangan air sebelum berbuka terutama ketika bulan suci Ramadan tahun ini jatuh pada musim panas apabila suhu boleh mencecah 50 darjah Celsius.

Jadi, salah jika percaya kurang makan tetapi melakukan senaman berat membantu mengurangkan lemak walaupun mungkin kehilangan berat badan.

Jika kekurangan air berlaku dalam badan, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan sedia ada seperti batu karang lebih menyakitkan. “Sebagai doktor di unit kecemasan (ER), saya melihat lebih ramai pesakit dengan masalah batu karang dalam buah pinggang ketika Ramadan berbanding tempoh lain setiap tahun kerana ramai orang tidak menggantikan air yang hilang sepanjang hari.

“Perpeluhan berlebihan hanya menambah kepada masalah ini,” kata Dr N Baho yang bekerja di sebuah hospital di sini.

Malah, bersenam ketika berpuasa boleh menyebabkan berat badan bertambah. “Air dan gula diperlukan untuk metabolisme,” kata seorang lagi doktor yang enggan mendedahkan nama penuhnya.

“Apabila anda berpuasa, metabolisme menjadi perlahan untuk disesuaikan dengan kekurangan makanan. Seterusnya jika anda makan iaitu ketika berbuka, badan akan menyimpan lebih banyak lemak berbanding biasa untuk menyesuaikan diri.”

Selepas bersenam, orang berkenaan akan merasa lebih lapar menyebabkannya makan lebih berbanding biasa. – Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: