Zindagi Ek Safar Hai

Keluarga Kapoor adalah legasi kepada filem hindi sekitar tahun 60an hinggalah era 80an. Shasi, Rishi dan Shammi adalah pelakon hebat filem Hindi. Ramai yang gembira juga tak kurang juga yang mengalirkan air mata bila menonton filem2 mereka dahulu. Generasi sekarang telah tengelam dengan Shah Rukh Khan mungkin tak kenal dengan mereka.

Walaupun tiga dekad berlalu tapi aku masih lagi setia untuk menonton lakonan mu melalui you tube, tebesyen hatta dvd. Paling best ialah gambau Andaz (Shammi), Bobby (Shashi) dan A Gale Lag Ja (Rishi). Abang kepada tiga beradik ini (Shammi) telah meninggalkan dunia yang fana ini ketika berumur 79 tahun semalam.

Bersama ingatanku ketika membesar di Panggong Lido, Klang, betapa kau mengumbirakan aku walaupun aku masih darjah satu mengikut Ibu bersama. Betapa kau menceriakan dengan tenaga gerak aksi lakonanmu yang mantap demi merayakan satu kehidupan. Ku sketch kan sebuah potrait mu untuk kenangan abadi itu atas dasar kesukaan dan kerianganku bila menonton filem2mu.
SELAMAT JALAN, ELVIS Hindustan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: