18 TAHUN LEPAS

Aku nikah disini pada 31 Oktober 1993. Rumah mertua di Bagan Serai, Perak. Sudah 18 tahun ijab dan kabul itu. Telah berulang lagi satu peristiwa yang sama pada 3 Syawal yang lepas. Adik ipar aku Norwahida pula mengambil giliran dengan suaminya Fitri (sekalai lafaz sahaja), juga membuat majlis pernikahan di dalam rumah yang ku kira lebih berkat disaksi semua jemaah keluarga. Kebiasaan di dalam Masjid itu sifatnya lebih official dan tidak tradisi ku kira.

Semasa aku snap2 gambar untuk majilis itu maka teringat aku kepada kenangan 18 tahun lalu. Begitu besar cabarannya. Betapa sedih dan seribu pertanyaan hati seorang Bapa & Ibu untuk melepaskan anak perempuannya kepada Sang Suami. Sebuah perkahwinan itu memang kita tak tahu akan kisah di pertengahan dan penghujungnya. Membina gerbang di hari perkahwinan memang mengembirakan dengan suasana ceria dan meriah. Setelah majlis selesai, si pasangan pengantin akan membina sebuah ikatan untuk hidup seperti sebuah adventure juga. Semua akan berjanji kalau boleh hinggalah akhir hayat tetapi semuanya Allah swt juga yang menentukan.

Ooo panjang ce citernya kalau aku nak kupas kisah bab kawen2 ni. Gambar aku dinikahkan dan juga gambar adik ipar. Tempat yang sama dan Tok Kadi pun sama juga. Dengar citer Ustz Jamsari ni sedang menyiapkan PhD di Open University. Salute u Tn Haji. Kan best kalau semua Imam educated mcm ni. Ada sesetengah tu test market pulak tanya soalan memacam pada Pengantin yang sedang sedia gabra tu. Kan dia oang dah gi kursus pra kawen…kan…kan…kan. Janganlah mengusutkan keadaan lagi, agak2lah….jgn tanya memacam perkara yang tak logik dan tak bersangkutan.

2 Responses to “18 TAHUN LEPAS”

  1. hanchik Says:

    enchem la tok..macam pelakon🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: