BERSAMA DIN SOFIA

Amboi malam tadi beruntung kerana semua dapat bersama dengan pelari maraton nombor satu negara iaitu Shaharudin Hashim. Beliau telah voluenteer menjadi coach ala2 running clinic di Taman Tasek TW kepada semua kengkawan dari geng AnR Titiwangasa. Seramai 37 oang hadir malam tadi termasuk la aku sekali. Disebabkan aku tak balik umah utk tukau pakaian maka aku pun sambau je lah apa yang ada running gear kat dlm ofis. Lihat gambau suar hijau berbunga dan baju kuning UM team….poyo betul, geng lain siap dengan running vest dan tight aneka jenama.

Nama panggilan dalam FB ialah Din Sofia sila add kepada dia kalau nak bertanya apa2 yang bersangkutan dengan larian marathon. Din seorang yang peramah dan tidak kedekut ilmu dan pengalamannya untuk dikongsi bersama demi mendidik ank bangsa (runners) mengikut jejak menjadi terbilang sptnya di masa akn dtg…hrp2 gitulah.

Catatan terbaik Din ialah dua jam 30 minit yang dibuat dalam Kejohanan Standard Chartered Hong Kong Marathon 2011, 20 Februari lalu. Semalam dia kata semasa race tu saya tak tido sangat kerana tersangkut kat airport angkara visa punya hal. Kalau cukup tido dan rehat mungkin boleh dalam 2:26 katanya.

Perlu mengurangkan 2 minit lagi untuk layak ke Sukan Sea di Palembang, Indonesia, November ini.

Semasa malam tadi sesi traning ialah jog sejauh 4 km dan diikuti oleh fatlek selama lebih kurang 25 minit. Hujung jari aku pulak dan tumit macam terpeleot dibuatnya, tak taula camne nk run kat Solomon Ahad ni. Din tanya, bro dulu sprinter ke? pastu wa jawab dulu geli2 je tapi mlm ni lepas gian la bro ladang kuda punyer pasal…hehe

Selepas merempit diadakan satu sesi soal jawab bersamanya dan banyaklah pertanyaan yang muncul kuar dari mulut kengkawan runners di Ladang Kuda dikala malam bulan terang dibias pula cahaya neon bangunan pencakar langit yang reflek ke dalam di Tasek Titiwangsa itu. Kisah seperti cara melangkah, persediaan sebelum dan selepas race, pemakanan, cara berlatih, sejarah hidup dan lain lain lagi. Bertanya kepada the real maratoner di depan mata memang lain dari apa yang kita baca atau nengok kat you tube misalnya.

Maratoner yang berasal dari Perak ini telah dilatih oleh P. Sidamparam juga muncul pelari terbaik kategori tempatan terbuka di Kejohanan Standard Chartered KL Marathon 2010, dengan catatan masa dua jam 33 minit. Sidamparam berkata, anak didiknya itu memiliki tahap disiplin tinggi dan kesungguhan luar biasa dan Din masih mempunyai masa untuk mencipta nama dalam sukan maraton, iaitu sebelum menjangkau umur 40 tahun,” Ketika ini umur beliau 33 tahun. Bravo bro, semoga berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: