KONGSI INFO

Kongsi pengalaman aku ni la. Pada yang pakai kete baru no hal. Rabu lepas semasa menjemput si Yayah pulang dari sekolah tiba2 hawa dingin kete menjadi tidak sejuk dan enjinnya pula tak keruan. Bila ngam2 sampai kat gate umah suhu meter naik dari paras normal serta kipas berpusing berterusan walaupun enjin dah dimatikan. Sah overheated dah kete aku ni. Apakah penyebabnya? radiator bocor kah? tak mungkin kerana baru bulan lepas aku servis di Jln Klang Lama. Hose getah ke yang bocor? masih aku tak tahu. Maka aku pun bukalah bonet depan kete matrix biru dengan sedikit suspen dihati utk mengetahui  apa dah jadi…apa dah jadi…(s.m salim), sah radiator air dah kering dan segera aku tambahkan air. Pelik tapi benar berliter2 air aku curah masuk tapi tangki radiator tak penuh2.

Dipendekkan citer, rupa2nya air memancut kat bahagian bawah engin yang dipanggil water pump mean piped (satu saluran sistem penyejukana enjin dari radiator ke water pump). Keesokan aku panggil mekanik untuk check kut2 boleh tukar je benda tu kat umah sahaja kerana almaklumlah tak kan nak drive dlm keadaan sedemikian, kang bantai breakdown lagi haru. Bial si Mekanik sampai, dia pulak tak boleh repair kete aku ni kerana perkakas tak cukup nak bukak segala mak nenek bahagian bawah enjin tu. Susah dan rumit. Kalau nak towing lagi kena kos dan akhirnya aku soh dia gum je bahagian yang bocor tu ala2 mc gyver. Bila siap aku bawa slow2 akhirnya sampai juga kat tempat servis tu dengan selamat. Tak jauh pun dalam 4km je dari umah.

Kepada kengkawan, inilah gambar benda tu untuk perhatian kut2 manalah tau kes ni terkena pulak pada korang. Serius ye, kalaulah benda ni berlaku masa perjalaanan balik kampung minggu lepas ataupun breakdown dalam terowong menora, pergh tak tau nak habaq la camne. Dah la jalan jem. Syukur juga aku. Ingat ye water pump mean piped namanya. Karat yang membuatkan dia bocor….jangan guna cecair radiator treatmeant (nyah karat) kerana cecair tu lah membuatkan besi ni berkarat. Coolant lain. Kisah ni iktibar… checkla bebetul kete korang semua sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Mungkin besi saluran piped kete Korea ni tak berapa ngam kualiti besinya kalau dibandingkan dengan kete Jepon….tak tau la camne.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: