LARI SOLOMON TADI

Patutnya route hari ni mesti ada mengharung air, menempuh semak, memanjat atau cabaran yang dinamakan x-trail run. Ataupun jumpa lembu kuda mengelak sikit ke….kan trail tu. Tapi tadi tak ada pulak benda2 tu.

Cumanya hanya berlari atas tanah yang berselut sahaja. Itu pun akibat hujan malam tadi dan tanah dilanyak pula oleh beribu tapak kasut runners yang menjadikan selut tu bertambah penyek dan kembang. Kasut jadi berat akibat lumpur melekat kat tapak kasut dan aku release lumpur tu dengan mengheretnya dirumput….tu la keje aku.

Bagi aku laluan ni biasa2 je tak lah trail sangat mungkin ala cross country gitu. Sifat X-trail tu mestilah tough sikit…..betul tak bro. Cumanya tadi hanya berlumpur naik bukit dan turun bukit.

Walau apa pun larian solomon di sebuah kawasan ragut haiwan yang luas memang best. Tempat ini sering dijadikan tempat pengambaran iklan, filem, outing fotografi dan caj yang dikenakan pula boleh tahan gak mahalnya. Untung jugak dapat lalu dan menempoh tempat seperti itu sambil belari kekadang nafas macam kuda naik angin cos penat. Kalau tak join race ni tadi, memang la kita tak ada peluang nak masuk merempit pulak untuk lain masa.

Banyak lembu dan kuda yang gemuk dan montel dalam kandang ku lihat tadi. Ada sekor panik mungkin terkejut nengok tetiba spesis manusia ramai sangat dan aku lihat dia macam nak menyondol tapi nasib baik dalam kandang putih menghalangnya.

Cadang asal nak ambik gambau terpaksa ku batalkan kerana nak pasti supaya leh dpt medal. Kalu leka menembak/shoot gambau faham2 jelah. Kamera aku simpan je dalam kete. Larian tadi aku tamatkan dengan masa 65 minit. Tempat ke berapa tak tau. Ada apek sorang tu ajak aku speed lak masa 200m atas track (lets sprint katanya)  dan aku layan gak la dalam 75m nak ke finishing line. Aku potong cucuk dia balik dan 3 oang kategori B (veteran)….hahha macam siot. Jasni sampai dlm masa 40 minit sahaja untuk tempat pertama kategori men open. 25 minit tertinggal belakang dia. Jaskuda ni memang expert bab lari laluan cenggini.






One Response to “LARI SOLOMON TADI”

  1. RaY Says:

    Tahniah KR…hebat🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: