RUN LAGI

Run lagi walupun geli2, begitulah hujung2 mingguku. Hari ini di Kolompo, Ibu Kota M’sia ada 2 running race berlangsung dan bertindih, 1 di Dataran Merdeka (Siemens Run)  dan 1 lagi di Pdg Merbok (Pudu Rotary Run). 10km untuk Siemens dan 7km untuk Pudu. Juga di luar kawasan Ibukota ada 2 events untuk full marathon diadakan. Taiping & Hulu Langat. Meriah acara larian di Msia ni dan makin ramai pula pelari2 muncul macam cendawan tumbuh. Perkara ini adalah amat sihat demi mengelak wad di katil hospital menjadi penuh….harap2 faham ye.

Disebabkan tempat kejadian ini (Siemen dan Pudu Run) berdekatan dan demi mengelak pelari2 bertembung maka route Siemens diejas oleh penganjur menghala ke B’fields….anggah little india la. Route situ sedia maklum, sedikit menghidu asap kenderaan….pukul 7 pagi kenderaan dah mula lalu lalang. Asap bus lagi pekat, tak tau nak cakap.

Pudu run pula berlegar di kawasan Bkt. Tunku yang sedia aman dan green itu. Tula pasal aku pilih Pudu Run dan pelari yang join pun tak ramai. Berlari macam sesaja je. Perbezaan 2 larian ini ialah pada medal, yang mana medal siemen lebih cantik dibuat menggunakan kayu dan alluminum manakala Pudu Run pulak macam medal budak sekolah rendah (ready made daaa 5/6 hengget sebuah).

Trend baru dah kuar medal dibuat dari kayu bersama besi. Pasni ada pulak la yang meniru…gerenti punyer. Sah medal River Jungle Marathon pun sama macam Siemens jugak. Keles gitu, mahal tu. Pepehal pagi tadi larian 7km tu aku tamatkan dengan masa 41 minit dengan kadar pace 6 minit per km. Bukit kat situ leh tahan jugak. Tapi apa nak komplen bila menaik akan diikuti dengan menurun – kira fair la kan….kan. Aku ni dah majal, memang tak boleh tekan pace bawah 5 minit lebih dari 3km. Kalau tekan jugak alamat tanda siren ambulan nak sampai, tu pun kalau sempat ha ha ha.

2 Responses to “RUN LAGI”

  1. manisah Says:

    gagah berlari …salute la

  2. rlans Says:

    tak lah sikit2 je

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: