LARI & KAYUH LAGI

Pagi tadi aku menyertai malakoff duathlon di UPM dengan masa 59 minit. Timing aku meningkat 3 minit jika dibandingkan catatan masa tahun lepas iaitu 56 minit. Mungkin tahun lepas ada sikit fit atau ke….strenght/stamina aku makin lama makin menurun, maklumlah enjin dah lama.

Perut sedikit senak sikit semasa berlari pagi tadi. Mungkin aku terhenjut lebih masa ran bermula membuatkan perut bergoncang campuran power gel dengan gatorade yg aku belasah sebelum race. Aku check timing 1500m yang pertma – aku buat 5:33s, macam tak percaya pulak rasanya kerana busuk2 atas track masa cemerlang aku habis pantas dan tuntas ialah 5:50s. Tak pepasal buat PB pulak (siapa kesah…hihi) Tapinya semasa u-turn semula dari route larian (jalan belukar) utk patah balik ke transation area aku punyer pace menurun setelah terlaju awal dan akhirnya sampai dalam masa 13 minit utk 3k yang pertama.

Semasa transation area pula, aku ambik masa selama 3 minit utk tukar kasut dan mengejas helmet….lambat sangat tu. Pesal la tak ejas helmet tu siap2 sebelum race. Kayuhan bermula dari Stadium menuju ke bukit sebelah belakang kampus UPM sejauh 13km dalam masa 29 minit. Bro Fendi walaupun guna mtb dengan tayar sotong hilang di depan mata…berdesup dia. Bila tamat mengayuh tukar kasut dan lari semula sejauh 3k dengan masa 16 minit

….Begitulah kesudahannya malakoff duathlon aku pagi tadi. Lagi 2 minggu dari sekarang pula Bukit Chenta di UM akan menunggu yang mana kena mendaki 4 set…perghh dan dah rasa kejang peha aku ni mengenangkan bukit tu. Harap dapat berlatih dengan sempurna utk membaiki masa tahun lepas iaitu 1:20minit. Cassette kena tukar…kata si Kadok – baru sedap memulun. Dulu ada member kata kena tukau seat post. Entah… tengok la keadaan, banyak sangat pulak – aku belasah jelah tak kisah.

5 Responses to “LARI & KAYUH LAGI”

  1. manisah Says:

    Tiap2 minggu masuk pertandingan, cayala bro masih gigih dan bersemangat dan kuat juga…he he

  2. Diket Says:

    Lepas ni ke Powerman pulak ke bro?

  3. hanchik Says:

    lenkali kasut takyah tukar tok,pakai jer kasut running tu..setakat 13km kayuh pakai kasut run tada hal🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: