TELAH KEMBALI

Siang tadi aku bersedih setelah terbaca berita seorang insan yang suaranya lunak didengar serta berambut ramos di depan yang telah kembali kerahmatullah. Dato Ahmad Jais meninggal dunia pada jam 9.30 pagi di Hospital Pakar KPJ Shah Alam akibat sakit lelah. Kali terakhir aku melihat persembahannya ialah pada 1 Oktober 2004 di Dewan Tunku Canselor, yang diberi nama konsert ambang sore. Sungguh bersahaja beliau ketika menyanyi. Tergiang2 ditelingaku, lagu yang dinyanyi oleh beliau ketika itu. Lagu hit beliau seperti bunga ku puja dipetik orang, ambang sore, bahtera merdeka dan puluhan lagu2 yang best2 serta ngam beruang lingkup bersama santun melayu amat sedap didengar. Aku bilang kenapa kau degil panggil aku buat konsert solo sebab aku ni dah tua katanya ketika selingan di atas pentas. Beliau hanya merendah diri sahaja kerana ku lihat persembahannya tetap mantap. Aduss dimanakah gambar aku bersamanya semasa itu. Memang aku ada bergambar bersama beliau ketika konsert berakhir. Setelah tunduk sepi dengan bacaan al fatihah terus ku ambil pen dan crayon lantas ku lakar kan gambar beliau dia atas kertas tanda melepas sedih di hati. Kini tiada lagi insan yang bernama Ahmad Jais. Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt.

Seorang anak muda dari rancangan akademi fantasia 4, haziq menyanyikan lagu alahyarham.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: