DUO TADI

Jika semalam sembang pasal Rob Sloan, hari ini pasal citer diri aku pulak yang telah join duathlon pagi tadi di UM dalam siri Malakoff Duo 2011. Event ini melibatkan 2 disiplin iaitu run dan beskal iaitu 3.5km run seterusnya capai beskal dan kayuh sejauh 13km memanjat 4 set Bkt. Chenta dan run lagi sejauh 3.5km.

Laluan run sama seperti tahun lepas melalui route yang beralun di dalam Rimba Ilmu iaitu sebuah tempat macam botanical garden gitu. Sebab medal hanya untuk top 5 sahaja jadinya aku hanya membawa pulang sekeping sijil dan sebuah masa (timing). Sebuah masa itu ilusi bukan benda ya. Timing yang aku bawa pulang ialah 1:14.03 iaitu lebih baik jika dibandingkan masa tahun lepas iaitu 1:21 minit. Aku pun heran kenapa tahun ni lebih laju pada hal aku tak train sesangat. Alhamdulillah sistem enjin aku tak lah menurun walaupun tak berapa nak tido sangat pada malam tadi. Teringat cerek kat bilik ofis, plug nya dah tutup ke belum. Adoiyai…memacam berlegar2 dalam kapla.

Sora (shimano) ialah nama/brand grup set kompenen mesin yang melekat pada badan beskal aku. Speed di bilah cassete hanya 9. Jenama ranking paling bawah sekali setelah tiagra, 105 dan paling mahal sekali dura ace. Tak dapat dura ace, kalau aku tukar grup set ni kepada 105 yang cassete dia sampai 10 – mungkin ada umphh sikit kut masa mendaki bukit tadi. Masalah problemnya aku malas layan pasal nak tukar2 upgrade ni cos banyak perkara wajib yang lain lagi kena belanja…tu arrr pasal. Bukit chenta ni kadar kecerunannya boleh tahan…berjalan pun penat. Kena kayuh naik sampai 4 set tadi…terponggeh Den. Esok pulak layan ocbc ride di Kolompo sejauh 52km, tak tau lah apa nasib.

Gambar oleh Teh Eng Tiong (tq Teh, tak bagi tau pun aku tepek kat sini)

One Response to “DUO TADI”

  1. zulhassan Says:

    badan kita dmemnag unit, ada masanya dia akan ummph walaupun tak berletih dan ada ketikanya kaput padahal berletih selalu.

    Apa2 pun tahniah tok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: