OCBC TADI

Setelah terponggeh duathlon semalam, pagi tadi aku join ocbc ride pulak. Wahh bukan banyak beskal dok ada….cakap je berapa harga nak: 30 ribu, 20 ribu, 10 ribu, seribu – semua pun ada dan beraneka kaler/brand sangatlah terujanya. Nak sebut nama brand pun boleh tergeliat lidah. Ramai betul rider sehinggakan terpaksa dilepaskan ikut peringkat iaitu 500 rider sekali lepas. Falg off pertama dalam kul 6.45 pagi.

Antara beberapa perkara yang aku tempuhi dalam race ini:

Baju size L, tapi bila aku pakai nampak macam bungkus nangka (tu oang umah cakap). tapi sebenarnya ketat grip lebih senang potong angin (alasan aku). Sebenarnya size XL the best.

Aku sampai di dataran merdeka pada pukul 6.20 pagi dan masuk pit kandang dalam kumpulan last terakhir. Berada dalam giliran group belakang dan paling akhir dilepaskan untuk merempit. Lebih kurang pada jam 7 pagi. Semasa mengesut nak ke starting line, aku cemas tak tergolek dog kerana dengan tetiba klip kasut jem tak boleh release. Rupa2nya tahap peletuk ancle kaki pada klip tak berapa mancho. Nasib ada pagar pit. Relax jangan gabra lenkali.

Permulaan race menuju ke Bukit Tunku dengan kadar speed 10/km kerana tak boleh nak melaju bila bersasak dengan pelumba yang di depan yang telah bercampur dengan rider yang dibelakang. Bergesel sikit ada harapan jatuh. Rider yang berada di bahagian depan ada sikit untung kerana jalan lapang nak memulun.

Ada 5 loop patut dibereskan untuk race ni.  Jarak setiap loop (10.5km) dan aku kayuh dalam masa 22 minit. Makna kata aku lebih lajulah dari runner 10k rekod dunia dalam lingkungan 26 minit….ok la tu. Jangan gatal nak banding dengan cyclist pulak. Masuk loop yang kedua, peloton elite rider dengan marshal attack ikut belakang….waduh2 aku baru masuk loops ke 2 dia oang dah sampai utk loop ke 3. Seronok pulak aku nengok dari dekat live sambil mengayuh bersama. Sebelum ni layan kehebatan dia oang kat tebesyen je. Peristiwa ini juga di Bukit Tunku. Loop kedua aku dalam masa 24 minit.

Masuk loop ke 3, Jalanraya KL dah sesak dan merbahaya untuk pelumba2 walaupun polis trafik dan marshall mengawal. Trafik jem la apa lagi terutama di Jalan Chow Kit. Asap hitam kenderaan di hembos oleh ekzos membuatkan ramai rider gelisah tapi pulun jugak. Disebabkan taraf penyertaan dan kayuhan aku ala geli2 – semua peristiwa itu aku nampak. 2/3 rider mengalami kemalangan. Sorang tu betul jatuh kat depan aku dan nasib baik aku mengelak. Alert geng, jangan nak jadi stunt man kang tak pasal2 tak balik (hati ku berkata). Helikopter sampai 3 bijik berlegar di celah2 bangunan…huhh apa kes ni. Juga 2 beskal tertiarap di tepi jalan tapi tuan punyanya tiada. Apa tanda tu (mana rider nya). Loop ke 3 aku dalam masa 24 minit jugak maintain.

Masuk loop ke 4 try tambah speed dan dapat buat dalam 22 minit tapi bila sampai ke Dataran Merdeka untuk loop terakhir ke 5 penganjur pasang kon dan suruh semua rider masuk ikut kanan ke belakang Bangunan SAS. Aku terpingga2 macam rusa masuk kampung. Atas sebab keselamatan maka race ini terpaksa dihentikan. Public pengguna jalanraya KL dah mengamuk…jem giler khinzer, kenapa route celok Bkt Tunku kuar ke Jln TAR. Kan lebih elok ikut kretrium le tour dulu. Belasah tengah panas pun tak pa.

Hanya dapat kayuh 4 loops sahaja iaitu sejauh 42 km gitu. Walaupun tak complete 52km, medal tetap diberi bersama sebotol air dan 100 plus. Sampai dirumah race director sms berbunyi begini: we apologise with that in consulation with the police, at 8.25am. The challenge was ended for the safety of riders. Kenapa la korang tak study betul2 route ni, polis trafik tak nasihat ke….frust den. Malas aku nak salahkan sesiapa dalam kes ni. Kalau kat Malaysia cenggini la.

Gambar atas oleh Shim Boon Wah (geng penang rider, kenalan baru pagi tadi)

4 Responses to “OCBC TADI”

  1. manisah Says:

    minat yg mendalam

  2. ryzals Says:

    Caya la tok..jersey tu kalo tak nak juai la kat saya..heheheh

  3. jaja Says:

    hok alohhh buleh plak jadi gitu nye. ok la tu KR, dapat buat marathon distance, hehehe

  4. rlans Says:

    under distance..x puas ngayuh pah oii

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: