PAGI TADI – PJ

Telah berlaku upset semasa Larian Warga Emas pagi tadi dimana M. Ramakrishnan (warga emas 50 tahun ke ats) telah memenangi juara keseluruhan dengan catatan masa 24:08s mengalahkan Amirul Shazwan (kategori men open berumur 23 tahun) dengan perbezaan masa 31 saat. Amirul adalah pemegang rekod acara 10 ribu meter MASUM (Majlis Sukan Universiti2 Malaysia)

Semasa race tamat aku tanya “pesal ko kalah dengan otai veteran patut malu ni?” “tak boleh cucuk la bang laju sangat” jawabnya kembali sambil menyuap beehon. Bekas maratoner negara otai Redzuan Sulaiman yang menduduki tempat kedua kategori yang sama juga hairan cemana si Rama ni berdesup sangat pagi tadi. “Macam mana cara dia training”? tanyanya kepada aku….. “Mungkin form dia baik, makanan dijaga, cukup rest tido dan skala training betul” jawab ku kembali. Kepada athlit pesanan ku – makanan mesti dijaga, ingkar….tahap tu la jugak statik susah nak maju. Tu yang serius la, tahap macam aku yang run geli2 ni tak pe.

Aku yang turut berlari pagi tadi menamatkan larian dengan masa 36:01s dengan pace 5 minit kekadang huru hara menjadi 5:20s. Semasa lalu di Pasar Old Town ramai orang kat situ heran nengok ramai kita berlari dicelah2 kesebokan kenderaan pagi. Jarak larian ialah 7km mengelingi PJ state.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: