KASUT

Kasutnya cuma berharga RM5 sahaja (kasut getah) tetapi, Danny Kuilin muncul juara kategori Wanita Terbuka pada Kejohanan Antarabangsa Mendaki Gunung Kinabalu (MKIC) 2011 semalam.

Kejayaan itu membolehkan dia memenangi hadiah wang tunai AS$$4,500 (RM14,161).

Dengan hadiah kemenangan sebesar itu, Kuilin, 44, pastinya mampu membeli kasut baru yang lebih sesuai untuk acara larian lasak sebagai persediaan untuk kejohanan yang sama tahun depan

Begitupun, Kuilin tidak berhasrat untuk berbuat demikian.

“Kasut ini memberi banyak jasa kepada, dengannya saya menewaskan peserta luar negara yang memakai kasut lebih mahal,” katanya.

Kejuaraan semalam amat bermakna kerana Kuilin berjaya memenangi kejuaraan buat kali keempat kejohanan itu, selepas kali terakhir muncul juara pada 2000.

Semalam, Kuilin mencatat masa 3 jam 41 minit 29 saat, mengatasi peserta New Zealand, Anna Frost (3;50.38s) di tempat kedua, manakala Brandy Erholtz dari Amerika Syarikat ketiga (3;52.21s).

Tambah Kuilin, dia hanya mensasarkan kedudukan keempat dalam acara kali ini, iaitu penyertaan kali ke-11 sejak 1998.

“Saya tidak sangka boleh menang kerana sejak kali terakhir memenangi kategori ini kira-kira 10 tahun lalu, saya gagal mengulanginya. Ini adalah perlumbaan terbaik saya,” katanya yang berasal dai Kampung Nandau, Ranau.

Malaysia menyapu bersih kategori Terbuka Veteran Lelaki apabila tiga peserta negara iaitu Yusof Sembat, Sarun Sadi dan Guianus Salagan menguasai tempat teratas acara itu.

Yusof yang mencatat masa 3;09.55s meraih wang tunai RM3,000 dan loket emas kerana menjadi peserta pertama tiba di puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,092.5 meter.

Utusan Malaysia 23/Oktober 2011

Aku rasa dia ni lebih selesa dgn kasut getah, macam korang berlari, ada jugak yang berkaki ayam tak suka berkasut. Kasut Newton aku booking kat quick sport tak ambik lagi, walaupun dah bayar cengkeram. Semalam dia oang call, bila mau ambik. Road tax mati la ini bulan, simpan dulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: