KAYUH FRASER

Semalam diadakan acara kayuh beskal beramai2 naik ke Bukit Fraser bermula dari Pekan Kuala Kubu Bharu. Teringat arwah Sudirman dengan lagu “kalau pergi KK, tulis nama atas batu” tapi tu hanya lirik bait lagu. Sebenarnya batu tu tak ada – memasing tulis lah kalau terjumpa batu.

Geng2 beskal diketuai oleh Kadok Toing Toing telah berkonvoi menawan puncak Fraser. Bergerak pada jam 8.30 pagi dengan didahului sesi briefing dan bacaan doa oleh Chief of Kadok. Ewahhh cayalah 42 cyclists satu matlamat satu tujuan iaitu berkayuh menikmati keindahan alam semula jadi kurniaan Tuhan. Pada yang mantap terrer no hal boleh kayuh laju2 tapi yang slow pun ok tak pe, member boleh tunggu, yang penting sampai. Perjalanan ke Clock Tower sejauh 40km dan stop sekejab di Gap. Timing aku dari tempat berlepas ke Gap ialah 2 jam dan seterusnya 30 minit lagi untuk sampai ke Clock Tower. Kelajuan keseluruhan sekitar 13 kmph.

Setelah semua sampai ke Puncak Fraser maka diadakan aktiviti ramah mesra, kenal mengenal, jeling menjeling nengok kengkawan punya beskal mahal, borak2 pasal perkakas beskal, makan nasi lemak yang disponser oleh Hanafy, sesi bergambo, makan ais kerim dan macam2 lagi lah. Ada yang termenung pun ada. Memasing punya hal, memasing punya feeling.

Semasa kayuhan untuk turun laluan agak merbahaya kerana hujan turun dan jalan jadi licin. Badan jadi sejuk tapi tak la sampai mengigil. Tangan naik senggal main brek. Sistem brek aku punya beskal pun tak bape bagus. Tiub beskal Hanafy pecah sampai dua kali, pesal tak tau. Ada ke tiub beskal yang dibeli dari kedai Sammy tak bagus? Rim wheel punya hal kah? Dalam tayar ada toyol kah?…entah tak tau pesal. Setelah roger Kadok dan dengan bantuan Bro Kamar, napi turun naik kete dan aku berkayuh turun sengsorang alone sepi melanggar kabus macam di atas awan….perghh best dalam seram, terjongkang sekali tapi nasib baik berpaut kat divider besi tebing jalan.

Kengkawan lain menunggu di Gap dan lepas tu turun bersama ke KKB. Hujan puncak sudah sidang maka cahaya matahari pun menyuluh dan semua pun berkayuhlah laju2 tapi bahaya jugak semasa ambik konering. Zon pecutan hanya sempat bila sampai kat Dam. Kelajuan di situ boleh tekan sampai 40 kmph ke atas ala2 Nuar Manang.

Sampai balik ke KKB terus aku kemas dan simpan beskal dalam kete kerana hujan pasti turun. Para cyclist yang mantap2 semua makan dan minum petang di Restoran situ. Aku makan 2 keping roti canai dan segelas teh tarik. Ramai yang makan nasi kaw2, belasah abc, mee goreng – al maklumlah dah penat berkayuh. Ni lah nikmat ahli sukan, makan mesti tak henggat punya. Alhamdulillah aku selamat berkayuh ke Puncak Fraser semalam untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup ku. Mungkin lenkali nak naik juga kalau diizinkan Tuhan. Jom layan Joget Kenangan Manis dendangan Arwah Sudirman:

4 Responses to “KAYUH FRASER”

  1. zulhassan Says:

    tok nanti kita buat lagi ke cameran ke pulak tapi modal besar lah sikit

  2. hanchik Says:

    NYESAL TAK DAPAT IKUT😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: