MARAAHH NI

Puas aku mencari baru sekarang berjumpa, link you tube pasukan 4x400m Negara yang telah memenangi pingat emas di Sea Games, Jakarta. Pemergian menggunakan duit sendiri. Apa nak jadilah KOAM ni…Ciss, sakit hati aku, maraaaah ni sambil mengusap dada kerana dia orang yang menaikkan nama negara dilayan seperti orang pelarian apabila segera dihantar pulang tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka kerana takut mis flight yang telah ditempah awal gara2 pegawai2 KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.

Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah itu bersama lagu Negaraku di atas Podium. Noraseela Khalid…gf aku hehe tak lah (pemenang emas 4x400m berpagar) turut membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu.  Beliau menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa. Katanya lagi “mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh memenangi pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet?….aaaa jawab.

“Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.
“Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu,” katanya lagi.

Komen aku lak “MSN & KBS tak bran lak nak komen panjang2 citer ni..pelik aku…pelik, kamon la oang banyak baca blog sekarang ni”. Back to reality la. Agaknya masa race si Polan tu…mintak2 dia oang kalah pastu tak pepasal menang…padan muka.

http://www.youtube.com/watch?v=iIglpCCRv_0

3 Responses to “MARAAHH NI”

  1. Manisah Says:

    sabar sabar..jangan marah2 pagi jemaat nie

  2. Hazman @ visuabas Says:

    org politik pegang sukan camni la jadinya….

  3. Diket Says:

    Pemimpin yang tidak berjiwa sukan tak akan kenal semangat kesukanan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: