JOIN LAIN

Biasa hujung minggu, lepas suboh aku dah kuar  untuk join race kat mana2. Tapi minggu ni yang berlalu tadi tiada bunyi air hon ataupun bunyi sepitol oleh marshall pelepas di garisan permulaan. Ada dua race berlangsung iaitu satu di Puchong dan satu lagi di Penang (Larian Jambatan). Ramai kengkawan yang join pasti. Ramai yang jugak yang membuat PB…tahniahhhh. Wa tak turut serta cos kena menghadiri bengkel di Estin PJ. Bengkel Penilaian Pemarkahan Berkredit namanya. Wifi hancuss kat hotel ni, kejab ada kejab tak ada.

Ya rabbi masa kursus makan sampai 6 kali sehari (bekfes, lunch, tea time, dinner dan supper. Bayankanlah kalau 2 hari kursus bermakna 12 kali makan….giles. Bila dah mengadap buffet dan free lak tu maka aku pun belasahlah. Almaklumlah bukan senang nak makan kat hotel2 ni…satu kapla sampai 80 hengget. Ni pasti bersuloh weight nek 1 kg lagi.

Petang semalam niat dihati nak layan jog dari Estin ke  Bukit Kiara tapi ujan pulak. Kesana tak kena kesini tak kena…akhirnya aku serbu la gym hotel dan berlari atas trackmill dalam  masa 35 minit sambil mata layan bola di Tebesen yang ada dalam gym tu. Bacaan speed meter 9.0 dan cemas tak tertonggeng kat situ pasal mata busy nengok screen TV. Menang Malaysia….alhamdulillah. Bila bola dah habis aku main geli2 segala besi kat situ dan pastu terus aku terjun kat pool kontot dan layan swim dalam masa 20 minit dalam keadaan tergocoh2. Sebab tergocoh masa tu dah nak dekat kul 8 beb. Nak makan lagi dan bengkel mula balik dlam kul 8.30 malam.

Penamat bengkel, peserta/pengajar yang belum present kursus diminta untuk mengomel di depan. Aku pun tak terkecuali. Kena la jugak. Malam tadi aku buat movie maker geli2 utk tunjuk ngan kengkawan pengajar yang lain semasa presentation kat depan. Kali ini kasi upload guna resolusi tinggi, leh nengok clear sikit tapi punya la lambat mengelod. Tinggal dalam hotel ni sunyi betul, serius. The sound of silence.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: