SYABAS

Si Yayah order piza domino (2 large 2 regular), amboi banyaknya makan piza sebelum game start. Pertemuan yang ditunggu2 iaitu final bola Sea Games di antara M’sia & Indon malam tadi.  Mula je bulletin utama sinar keceriaan udah kelihatan bila mana pembaca berita memakai Jersey pasukan Malaysia. Aku pulak pakai baju nike run kaler merah yang nipis dan berangin. Ingat nak beli satu lagi la cos boleh bawak jenjalan dan yang ini khas untuk berlari.

Aku kira perlawanan malam tadi paling klasik dan mendebarkan dengan 100 ribu penonton fanatik tuan rumah di Stadium Gelora Bung Karno. Ong Kim Swee memang dah kasi tambah lagi gelora kat sana serta lebih gelora dari pidato Sukarno. Gelora di hati kerana tewas pun ada kerna kelihatan banyak yang menangis tak boleh menerima hakikat mereka kalah. Bibik2 dan Pekerja kontrek di sini pun frust agaknya. Pasukan Negara menang dengan tendangan penalti. Paling tak best ada ke patut pasukan anti doping nak test player selepas saja game tamat. Bagi chance la pasukan kita yang juara ambik medal dulu. Entah siapa yang suruh pun tak tau. Ong Kim Swee telah menghalang perkara itu….syabas Ong. Tunggu prize giving selesai baru boleh ambik air kencin.

Team kita pulang malam tadi jugak dengan pesawat khas untuk berehat di Hotel Malaysia. Kat sana tak selesa dan banyak kemungkinannya lagi pun perlawanan kelayakan sukan olimpik menemui pasukan Syria menanti pula. Banyak gambar rimau dalam FB yang kengkawan tepek kan…ada yang nampak jinak, rimau kartun clip art tapi yang ini paling garang….nampak pemangsa. Aummm….tapi pepe pun tahniah jugak kepada pasukan Indon kerana bermain mati2an demi Negara mereka. Cuma nasib tendangan penalti tidak bersama mereka. Adat bersukan la kan, ada yang menang dan pastu mesti ada yang kalah. Lagipun ini hanya Sea Games dan bukannya Sukan Olimpik. Lupa lak: TAHNIAH YANG BERMAIN DI ATAS PADANG.

2 Responses to “SYABAS”

  1. anif Says:

    Tahniah buat Harimau Muda. Kemenangan itu adalah hadiah buat rakyat Malaysia!

  2. Manisah Says:

    alhamdullilah berkat kegigihan berjuang bermatian2 dan doa dari penyokong2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: