LARIAN MORIB

Tahun lepas Larian ini dinamakan Larian Kemasyarakatan terbuka kepada penduduk2 Negeri Selangor sahaja. Aku rasa lebih afdal ia diberi nama larian Morib seperti nama hari ini. Mengikut speech Tn Pegawai daerah tadi, tahun depan larian ini akan diantarabangsakan. Setuju, baik sekali cadangan ini demi mempromosi Pantai morib yang telah berubah wajah dan juga bersejarah.

Dulu pada tahun 1972 seekor ikan paus paling besar pernah terdampar di Pantai ini. Juga sejarah ada tercoret iaitu pada 9 Sept. 1945 berlaku pendaratan askar yang dinamakan 46 Indian beach group.

Dulu aku masa kekecik selalu naik beskal handle kontot ke pantai nostalgia ini dari Telok Panglima Garang. Berkhemah dgn geng sebaya pun banyak kali jugak. Setiap kali kalau terdengau lagu “hingga akhir nanti” nyanyian alleycat pasti aku teringat akan Pantai Morib. Tak tau pesal dan itu pasal aku beriya datang hari ini.  Larian yang aku join ini telah ditamatkan dgn kadar masa 56 minit. Beberapa fakta dispanjang race:

a) Singgah kencin sekali (bazir masa seminit) dan kena salak anjin sekali. Bila anjin tu dekat aku tunggu member di belakang supaya dapat bersaing mengelak anjin. Sampai kat water station aku dah bagi tau dgn bebudak situ pasal anjin tu. Bagitau pada marshall dengan motorsikal untuk halau anjin tu….sohh sohhh sekali dgn hon.

b) Route melurus tapi cun bila lalu jalan di tepi laut. Terdapat banyak kolam ikan kiri dan kanan.

c) Biasa aku bawak hset untuk ambik gambo tapi kali ni tak bawak pasal aku ingat 5km sahaja…mau speed lebih kononya tak mau bawak bebanan dan tangan boleh swing gaya helle…hihih.

d) Tipah tetipu tersasul pulak kerana jarak  ialah 10km. Baru tahu semasa di flag off area. Kalau aku tahu 10k kompom akan bawak hset tu. Leh tunjuk ngan kenkawan betapa cantiknya route dia.

d) Aku dah kabau memonton pace 5 minit per km hanya bertahan sejauh 5km sahaja. Baki pace 5k seterusnya ialah 6/6.5 minit. Dapat  cucuk 2 otai seangkatan dengan aku  tapi dia sayo aku balik, x boleh blah dah pasal matahari dah panas  :) – teknik sahabat kita ni ala2 latihan fatlek, sekejab laju pastu slow balik…hangin aku.

e) Sampai ke finishing line dapat tag no 11 yang membuat aku terkejut kerana sangkaan dalam placing no 18/20 gitu. Hadiah sampai tempat ke 10 sahaja. Tak apa lah, aku datang pun tak suspek nak naik podium pun.

f) Hari ini dalam sejarah cos medal satu pun tak ada. Hanya dapat sekeping sijil dan kengkawan yang menang dapat fulus cash panas lagi dalam envelop…:)

Sok nike run pulak…apa cer…tak tau.

One Response to “LARIAN MORIB”

  1. zulhassan Says:

    laju tu KR bawah sejam. Saya lari pun 53minit sekarang utk 10k dah memang slow bangat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: