LARIAN NIKE

Perkataan Nike berasal dari bahasa Greek yang disebut nǐːkɛː bermakna dewi kemenangan goddess of victory. Logonya bermakna betul (yes) dengan imej alright. 

Kasut nike pertama aku beli ialah pada tahun 1983 dan selepas itu juga banyaklah juga yang aku miliki. Last sekali yang dok ada dan boleh dipakai hinga kini ialah “nike bowerman” yang kembang di depan (4E). Semalam aku basuh kasut tu tapi tapaknya dah lekang pulak. Mungkin dah lama agaknya atau pun tersimpan dalam bonet kereta…panas dia lekanglah. Sebenarnya kasut nike amat tak sesuai dgn shape kaki aku bila berlari untuk long distance. Kalau pakai sesaja untuk jenjalan santai tak mengapa….ok.

Hanya NB & Asics menjadi pujaan hati ku bila berlari. Jenama2 lain pun banyak ada tapi  tak lah aku mencuba satu persatu  sama ada ngam ke tidak. Kasut Newton pernah booking sepasang dan dah bayar cenkeram masih belum diambil lagi. Itu pun belum tahu sesuai ke tak sesuai kerana kaki aku ni pelik sikit sejak azali lagi.

Nike adalah jenama besar dalam industri pengeluar produk pakaian sukan di dunia. Berpusat di Oregon, US ditubuh semenjak 1964 (asal nama blue ribbon sports) oleh Bill Bowermann & Philip Knight. Kini terdapat 700 kedai Nike di seluruh dunia dengan kilang (under licience) meliputi 45 buah negara termasuklah di Asia. Mid Valley, KL adalah kedai Nike paling besar di Malaysia dan Nike Bowerman yang dok ada sekarang ni aku beli di sana. Kaedah pemasarannya amat berkesan membuatkannya Syarikat ini untung berbilion2 dollar. Lihatlah semasa Sukan Olimpik Beijing 2008 dulu dengan selambanya mereka menaja jaguh lompat pagar negara tuan rumah iaitu Liu Xiang berjuta dollar. Walau begitu Liu Xiang tercedera pada peringkat saringan dan gagal mendapt pingat pepe pun.

Semalam pula berlangsung event run paling ngam…paling cool…paling cun oleh Nike yang dianamakan “we run kl 10k”.  Budget yang besar membolehkan acara ini menjadi megah dan berjaya. Siri ini ialah acara berlari 10k di bandar2 besar seluruh dunia anjuran Nike. Ibu negara KL pun tak ketinggalan. Sebagai seorang runner tak kira lemau ke taraf geli2 ke atau pun elite aku kira patut  wajib menyertai larian ini kerana nike kelihatan seperti meraikan atau mengiktiraf seseorang itu yang bergelar pelari. Siapa yang tak join patut sertai pada tahun depan bersama sebuah penghormatan itu. Aku rasa Nike run ini lebih hebat dari KL Marathon dari segi penganjurannya.

Publisiti dan promosi dari Nike memang tiada tandingan, cuba lihat baju tee yang diberi dengan kain yang berkualiti beserta design yang cantik. Peserta secara sukarela memakai tee ini dengan ikhlas tanpa paksaan walaupun no hal utk memakai running vest yang lain. Tee berwarna oren kemerahan telah memenuhi route larian di KL.

Aku juga turut serta dalam  larian ini dengan penyudahnya tamat dalam masa 61 minit walaupun sasaran  nak buat dalam masa 57 minit konon. Bila flag off  bermula (dalm kandang yang kedua di bahagian belakang) telah bersasak2 (cramp) dengan beribu2 peserta yang lain. Pace km yang pertama dalam masa 8 minit dan seterusnya bila jalan semakin lapang menjadi 5 -6.30 minit sehinggalah sampai ke area Tugu Negara barulah melaju sikit itu pun bila dicucuk oleh kengkawan lain. Paling lemau bila sampai di bangunan JKR ke Jln Parlimen. Sambil berlari aku memegang hset untyuk merakam photo tujuan imej blog kat sini.

Semua pelari yang berjaya menamatkan larian diberi pen drive yang berbentuk kasut nike. Sinonimnya berupa kalungan medal juga tapi bentuknya sahaja berbeza. Ok la kapasiti 1 gb…medal pun dah berlambak kat umah. Berbaloi2 larian nike ini…baju tee ngam, botol air ngam, pen dirive terbaek, kengkawan pun semuanya gembira belaka. Aku bagi lima * lah.

3 Responses to “LARIAN NIKE”

  1. Manisah Says:

    lari lari lari…

  2. rlans Says:

    ada, pasal baju semua sama x perasan la

  3. Manisah Says:

    may be la..next time la saya snap pic yer..he he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: