SEBUAH

Sebuah cenderhati berbentuk hati (heart) yang didalamnya ada sebuah jam. Cenderhati kepada semua ahli2 Pertubuhan Silat Gayong gelanggang UM untuk mesyuarat tahunan 2011 (edisi ke 27) semalam. Bentuk hati selalu disamakan dengan imej jantung. Jantung pula organ dalaman sangat penting dalam sisitem tubuh. Nah…sudah betul bahawa detik masa bersama sebuah kekuatan tubuh mencatum menjadi satu. Imej ini menunjukan sifat kasih dan sayang dengan logo Pertubuhan di atas kotak hati itu. Ahli2 sesungguhnya sayang kepada Pertubuhan serta aktiviti silat ini.

Persilatan ini adalah warisan daripada generasi yang lalu seolah berilusi  membisik kepada aku supaya agar Pertubuhan ini jangan dibubarkan. Jagalah ia demi kelangsungan warisan terdahulu walaupun menempuh era modenisasi yang sangat hebat. Hati dan jam/masa bercantum menjadi satu mendetik menjadi sejarah semalam bila aku pula telah dipilih menjadi Pengerusi baru Pertubuhan Silat Gayong gelanggang UM. Pengerusi yang lama Sdr. Hashim dan ramai juga otai2 telah bersara maka tibalah generasi baru untuk mengambil alih. Melalui ucapan penangguhan semalam aku tekankan bahawa untuk menangani pertubuhan silat ini dari menjadi malap kita perlu melakukan  pendekatan mesra memujuk ahli2 dan orang ramai disekitar kampus berlatih dengan gigih.

Janganlah barisan AJK menjadi melankolik tak tentu pasal…ayuh bangun tiubkan semboyan perjuangan. Bencana datang tidak diduga…ilmu mempertahankan diri perlu dipelajari. Melalui AJK yang baru dan ramai yang celik IT (kaedah perhubungan masa kini) dan berfikiran tangkas, insyallah akan berlaku perubahan…aminnnnnn.

2 Responses to “SEBUAH”

  1. Manisah Says:

    tok guru nak belajar silat boleh tak..

Leave a comment