SAF (LARIAN)

Larian hari ini dinamakan Larian SAF sempena Selangor Agro Fest expo. Ramai juga peserta yang join dengan berbagai jenis kelompok umur dan kategori. Sungguh meriah dan ceria rasanya tapi sayang water station hanya ada pada km ke 8 membuatkan ramai peserta mengeluh dahaga. Aku stop dalam seminit untuk minum air di situ.

Begitu juga di kawasan check point tidak ada volunteer yang menjaganya dan membuatkan seorang peserta senior veteran (7km) terbabas tidak membelok dan terikut laluan 10k. Kejadian ni betul2 depan mata aku dan cuba nak kejo bro tu nak habaq tapi dia laju sangat pulak. Kang bila aku hambat sangat takut aku pulak pancit jadi aku biarkan je bro tu. Kesian lak aku pasal dia ada chance naik podium.

Laluan hari ini jaraknya terlebih 1.5km dari jarak asal 10km dan menempuh laluan berbukit yang landai. Jarak 7km aku ialah 38 minit dan selepas jumpa water station aku lepak sekejab cos minum air 2 gelas takut tersedak.  Lepas tu aku jadi lemau pulak nak mendaki bukit untuk menuju ke area Stadium. Makin nak sampai makin aku joli. Akhirnya aku sampai dalam masa 68 minit. Biasala tu mula pun saf belakang2….penamatnya pun belakang2 gak. Penganjur main taram je buat event larian ni, banyak benda penting terlepas pandang…ingat kambing dalam agro fest tu ke yang berlari.

2 Responses to “SAF (LARIAN)”

  1. Manisah Says:

    unik nama larian yer

  2. Zack Yui Says:

    Diorang ni takde experience agaknyer buat running event. Dah tau takde experience, takmo pulak buat research sikit2 cemana orang lain buat event, sudahnyer itulah yang kita nampak pagi tu. Family run pun saya rasa terlebih jarak tu, dlm 3.8km kalau ikut Google map, Runkeeper lupa nak ‘on’kan laa pulak pagi tu.
    Kesian budak2 kecik lari takde air, laluan berbukit2. Nasib saya bawak lebih so boleh la bagi 1 botol pada 1 famili tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: