LAGU BOMOH

Ini ialah bomoh profesional.

Sistem monarki Russia yang berakhir pada awal abad 19 itu telah terdapat seorang bomoh yang bernama Rasputin. Kewujudannya memang tercatit dalam sejarah moden Eropah. Sejarah merakamkan bahawa Rasputin telah berkhidmat dalam Istana Czar Nicholas. Rasputin boleh keluar masuk Istana tanpa larangan. Pemaisuri Alexandra mempercayai Rasputin lebih dari mempercayai penasihat resminya. Ketika Putera Alexei gering Pemaisuri Alexandra bukan mencari khidmat doktor tetapi telah meminta Rasputin mengubati anakandanya. Lelaki berambut dan berjanggut panjang diyakini oleh keluarga Czar Nicholas kerana Rasputin dikatakan memiliki ilmu mistik yang dapat melihat masa depan.

Rasputin wujud didetik-detik akhir sebelum monarki dihapuskan di Russia. Ketika itu rasuah dan penyalah gunaan kuasa sedang berleluasa. Siapa yang kaya dialah yang betul. Di Russia ketika itu ada dua hukum – satu untuk yang memerintah dan satu lagi untuk yang diperentah. Tidak ada hukum hakam yang dapat mengusik puak yang memerintah. Rasputin keluar masuk ke istana Czar Nicholas dengan menaiki kereta kuda. Jangan lupa, sebelum Czar Nicholas dan Pemaisuri Alexandra cuba melarikan diri dari Istana mereka juga telah berbaiah dengan Rasputin.

Dia meninggalkan dunia kebomohannya serta BERHENTI dari BERNAFAS ketika berumur 47 tahun akibat dibunuh.

Pada 1978 tercipta sebuah lagu khas akan citer si Mamat ni. Lagu irama disco ‘Rasputin’ oleh sebuah kumpulan pop dari German yang digelar Boney M.  Jom layan lagu dari BoneyM….memang terangkat lagu ni. Ini lagu lama lah tapi persembahan memang mantap. Penyanyi layak digelar penyanyi bilamana kita secara spontan menjadi leka dengan lagu dendangannya. Pelukis pula memang akan digelar pe…lukis (ingat bila ada awalan “pe” maknanya pakar) bila mana mata khalayak terpaku tanpa dipaksa memandang lukisan yang tergantung walaupun sesetengahnya tidak pun meminati dan tak faham akan seni. Nak sampai level ni lambat oooo….tapi keyakinan diri mengatasi segalanya. Keyakinan diri yang amat tinggi si Rasputin menjadikannya ia dipuja sebegitu rupa……..renungkanlah.

One Response to “LAGU BOMOH”

  1. Manisah Says:

    oh menariknya info ni thanks for sharing

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: