LUKAH

Di sebuah tempat pendaratan Nelayan di Pekan PD terpandang aku beberapa orang sedang sebok membuat sesuatu lantas aku hampiri mereka. Rupa2nya mereka sedang sebok menyiapkan lukah.. Lukah sejenis jerat untuk menangkap ikan.

Dengan selamba aku hampiri mereka dengan sebuah perasaan ingin tahu bagaimana lukah itu dibuat. Salam aku disambut dan aku pun berboraklah dengan si pembuat lukah. Nama teman baru aku ini ialah Kamal. Ramah dia….senang diajak bebicara. Dalam sehari Kamal akan dapat menyiapkan 4 buah lukah yang cun2 dan baik kemasannya. Demi sebuah kehidupan lukah perlu dibuat walaupun sering tewas dengan pukat2 tunda dan taiko yang lain.

Lukah itu agak besar bersaiz antara 4 kaki – 5 kaki diperbuat daripada dawai mata punai dan strukturnya pula dari pvc pipe serta kayu mata keli. Kayu mata keli ini hidup di paya2 dan ringan amat sesuai duduk di dalam laut. Lukah buatan tangan ini tahan sehingga 5 bulan di dalam laut.

Bila lukah siap, kamal akan mengangkut menggunakan  bot ke tengah laut dan dilepaskan ke dalaman 40 – 40 kaki ke bawah. Selalunya ditempat yang yang banyak batu karang. Jenis ikan yang selalu masuk dalam lukah tersebut ialah Ikan kerapu dan siakap. Kerapu PD memang terbaik dijual dengan haraga RM32.00 sekilo kepada pemborong.

Malam tadi aku makan Siakap masak 3 rasa tapi jelas bukan dari PD sebab rasanya lain. Kedai makan di sempang arah masuk ke PD ni aku tak berapa rekomen sangat lah. Semua peniaga2 makanan disini pula tak larat nak beli ikan segar dari nelayan PD. Mereka memborong dari tempat lain. Ikan PD sudah ada pembeli dengan harga itu. Walau begitu mengikut kata kamal, ikan di PD sudah berkurangan. Menangkap ikan pun ada musimnya selalunya dalam bulan Februari katanya. Betul gak tu, ikan yang beso yang telah ditangkap oleh manusia itu perlu juga menunggu pusingan anak ikan pula membeso baru boleh masuk ke dalam lukah.

One Response to “LUKAH”

  1. Manisah Says:

    bestnya bercuti …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: