BELARI KE RUMAH API

Belari menyusuri Pantai dari Pantai Thistle menuju ke puncak bukit Rumah api Tanjung Tuan tapi laluan pantai yang berhadapan dengan Akademi Tentera tidak membenarkan aku meneruskan larian. Batu-batu besar dan air laut yang sedang pasang telah menghalang larian aku. Nak berpatah balik rasa tak best jadinya aku panjat sahaja batu batu besar itu dengan berhati2 kerana takut tergelincir.

Bertemu dengan seekor singa laut yang sedang bergolek yang berlindung disebalik batu2. Setelah melepasi halangan batu akhirnya aku sampai jua ke distinasi dengan ditemani bunyi unggas rimba yang kekadang tak pernah aku dengar sama sekali. Spesis helang memang banyak di sini.

Semasa aku mengelilingi kawasan puncak tersebut ku lihat beberapa pekerja sudah pun menyiapkan pemasangan light detector yang baru. Issh tiang detector lama dipuncak atas diturunkan oleh penjaga rumah api tanpa memakai tali keselamatan. Tenang sekali hidup di atas sini kurasa khasnya penjaga rumah api. Berborak pula aku bersama Mike si kontraktor yang memasang benda alah tersebut. Ceciter kami berlegar tentang tugas dia dan sejarah rumah api ini.

Rumah api ini dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British, khususnya semasa Stamford Raffles. Ia kemudian dibina semula pada tahun 1860 setelah menara yang asal termusnah, akibat perang. Ada juga tercatat dalam lembar sejarah bahawa menara ini dibina semasa Portugis  menjajah Tanah Melayu sekitar abad ke 16. Nama asal rumah api ini ialah Cape Rachado iaitu nama berbaur Portugis.

Dari puncak Tanjung Tuan akan kelihatan pusaran air yang ganas yang menenggelamkan sekurang-kurangnya empat buah kapal perang Belanda dan Portugis pada tahun 1605. Bahaya tapi dari atas tak lah nampak pusaran air tersebut. Keras tempat ni.

Rumah api ini berfungsi membantu kelasi, kapal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan. Ia dikawal dan diselenggarakan oleh Jabatan Laut. Sebuah radar untuk tujuan pengawalan laluan kapal-kapal besar di Selat Melaka baru saja dipasang di stesen rumah api ini pada awal tahun1990.

Rumah api ini asalnya daripada bangunan kayu sahaja tetapi kini telah diganti dengan bangunan batu dan dilengkapi dengan sistem lampu yang memenuhi piawai antarabangsa. Kos pembinaannya lebih daripada sejuta ringgit ketika itu (pasca merdeka). Di tepi rumah api ada lorong denai menuju ke Tok Keramat Lela dan medan tinjau Pulau Intan. Laluan denai daripada batu telah dibina oleh Jabatan Perhilitan Melaka.

Disebabkan faktor-faktor keselamatan, rumah api ini tidak dibuka kepada orang ramai tapi aku berpeluang masuk sekejab bertemu Mike dan rakan2nya. Aku meninggalkan menara ini pada sekitar jam 7.30 ptg dengan berlari mengikut jalanraya pula. Keseluruhan mileage dalm lingkungan 7km. Mike si kontraktor menghon dari dalam Jeep pick-up semasa aku berselisih dengannya ketika aku sedang mencungap2 berlari.

One Response to “BELARI KE RUMAH API”

  1. Manisah Says:

    cantiknya lukisan tu..saya suka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: