BUKIT TUPAI

Kota Supai…orang kampong disitu memanggil  Bukit Tupai tapi sebutan sebenar ialah Fort Supai. Tupai memang ada di kawasan situ. Cawangan restoran Tupai-tupai disaran bukak kat situ satu….cool.

Kedatangan aku kesitu secara tak sengaja setelah terpandang sign board lalu terus sahaja aku membelok  setering kereta. Ada sedikit masa untuk check in di hotel Bandar Melaka sebelum jam 3 ptg. Sesampai disitu aku harus mencari info untuk ku tulis dalam bog ini dan akhirnya berjumpa dengan seorang oldtai yang sedang berkelah disitu. Bersama nfo dari Bro yang sedang berkelah tadi  dan lebai  gogel maka cerita nya begini:

Tercatat dalam tulisan kengkawan muzium, kota itu dibina ketika era perang memuncak antara penjajah Belanda menentang tentera Bugis bermula tahun 1756. Perang itu tamat setahun kemudian dan sebagai tanda persahabatan, kedua-dua pihak bersetuju membina kota perdamaian. Mereka mendirikan kota di puncak bukit dan satu perjanjian damai ditandatangani di dalam kota pada 1 Januari 1758. Perjanjian itu membenarkan Belanda mengambil alih pentadbiran kota dan menguasai bijih timah yang digali di Sungai Linggi dan Sungai Rembau.

Kedudukannya cukup strategik, di atas bukit menghadap muara sungai Kuala Linggi, yang berkongsi sempadan antara Melaka dengan Negeri Sembilan dan atas sebab itulah penjajah Belanda menjadikan kota itu sebagai kubu pertahanan mereka.

Dari puncak bukit itu menghadap ke Selat Melaka, kelihatan jelas Tanjung Agas, juga di bawah jajahan Melaka dan lokasi strategik kota di puncak bukit mempunyai cerita tersendiri yang menarik perhatian ramai.

Kini, bangunan bersejarah itu terletak di bawah seliaan muzium selepas mengambil alih hak pengurusan pada 1974 dan 1975 untuk mengekalkannya sebagai monumen runtuhan dan menjaga kawasan. Kawasan itu kemudian diwartakan sebagai Monumen Bersejarah di bawah Akta Benda Purba 1976.

Namun, apa yang menyedihkan kota lama itu tidak dijaga sepenuhnya terutama di sekeliling kota, berlaku runtuhan tebing dipercayai akibat kerja mengorek tanah serta sebahagian dinding kubu dipenuhi semak. Terdapat juga empat bangunan terbengkalai tinggal di situ yang mencacatkan pemandangan. Bangunan terbengkalai itu dipercayai projek chalet mewah tetapi gagal disiapkan dan kini menjadi tumpuan golongan muda melakukan maksiat. Walaupun pernah diserbu pihak berkuasa beberapa kali, masalah itu tetap berlaku kerana kedudukannya agak jauh dari rumah penduduk.

Kota bersejarah binaan Belanda ini telah di biar sunyi tapi aku telah melawatnya. Mungkin Kerajaan Melaka lebih fokus pada bandar Melaka maka kawasan semacam sini sudah terlepas pandang. Bahagian promosi pelancongan di bawah KMM disyorkan untuk membuat sesuatu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: