MELAKA

Siri jenjalan ke Melaka aku telah berjumpa dgn seorang kenalan baru bernama Jamil di Kota A Famosa. Hari2 dia akan bergaya bersama motorsikal lama Harley Davidson keluaran tahun 1958 itu. Body sama tapi enjin sudah diubah suai dan tak berapa pick up sangat. Sape nak bergambar dgn Harleynya, Jamil mengenakan caj rm2.00 sekali snap. Ku rasa tak masalah kut dengan harga tu. Nak membela motor  tu pun kena cost juga. Jamil berasal dari Semabok dan sudah 4 tahun dia mencari rezeki bersamna Harley kesayangannya.

Kasim cendol bersebelahan sungai Melaka itu telah dihebohkan oleh juruheboh pemandu bot semasa aku menaiki bot persiaran pasa malamnya. Esoknya aku mencuba dan rasanya ok tak manis tapi tak boleh celen cendol penjual rojak di sekyen 17, PJ. Kasim Cendol beroperasi disitu setelah hampir setengah abad melalui tinggalan datuknya ( 3 generasi sudah).

Menaiki Menara taming sari pada waktu malam memang best tapi aku rasa gayat pulak. Dengan ketinggian 80 m, pelantar tempat duduk akan berpusing dan kitaboleh menengok ponarama bandar Melaka dengan pusingan 360 %. Dari atas  menara aku memandang Kolam Renang Majlis Bandaraya Melaka dengan minat dan kelihatan ramai sungguh orang awam menggunakannya ketika waktu malam….ada yang begenang geli2 dan ada yang mahir.

Kolam renang di Hotel Renaissance pula walaupun kontot cuma 20 m persegi tapi amat bagus ku rasa. Dapat aku libas sebanyak dua kali sahaja. Kali pertama pada jam 8.00 malam, wah sejuk bangat dengan tiupan angin dari selat melaka dan kesokan akau libas sekali lagi nak merasa mood pada siang hari pula. Ternyata auranya kerana ia dibina pada aras 9 dan tinggi pula dari aras laut. Sports centre hotel ni luas. Gymnya dibuka 24 jam tapi aku tak sempat menggunakannya. Makanan ketika sarapan pagi boleh aku bagi sampai 5*…sedap.

Orang kuat Lorong Jonker ialah Datuk Wira Gan Boon Liang. Aku merayap ke Lorong Jonker dan melihat sebuah landmark khas berupa patung beliau sebagai body builder telah dibina kat situ. Terdapat juga fitness centre dipunyai beliau disitu. Info mengatakan pada waktu pagi sering dia menyiram pokok2 bunga disekitar Lorong Jonker. Humble dia.

Lain-lain hal hanya sedih bila aliran trafik di Melaka amat sesak ketika hari cuti begini ditambah lagi dengan papan tanda yang kurang jelas membuatkan ramai pelancong2 berpusing2 mencari distinasi memasing disekitar Banda Hilir termasuk lah aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: