LARI DI SAWAH

Semalam aku belari mengikut laluan petak2 sawah semasa di kampung Bagan Serai telah terakam beberapa peristiwa (sila lihat map atas dengan turutan a, b, c & d)

a) Beberapa orang sedang mengail ikan, aku bertanya “ada dapat tak” “ada 5 ekor” katanya, “ikan apa” “lampan” sipengail menjawab dan kelihatan sedikit keheranan menengok aku dgn baju nike run kl, aku menyambut “goreng sedap ni…. dulu aku pun pernah mengail kat sini bersama dik ipar dan dia dapat udang galah besar punya”……pastu aku mengangkat tangan tanda nak chau dan meneruskan larian aku dengan kadar pace 6.5 minit.

b) Seorang berbangsa cina sedang beraksi dengan memakai vest penang marathon 2011, “wah speed kuat” sambil aku melemparkan senyuman. Senyuman aku berbalas, sama2 spesis tak kan nak sombong lak. Jelas memang cun lariannya pasti pacenya 5 minit perkm kata hati ku menconggak.

c) Aku menyusur kawasan parit2 di tepi sawah pula dan ternampak seorang sedang menaikkan lukah mata punai dari kolam sawah dan kelihatan berpuluh2 ekor ikan puyu didalamnya. Jauh dan aku tak sempat untuk menemuinya. Ikan puyu masak lemak menang terbaek.

d) Terserempak dengan seorang hindu tua sedang memegang botol samsu…”ayoyoyo aya apa awak bawak” aku berseloraoh lantas dia menyambut “saya emak sudah mati minggu lepas minum jugak”. Issh suspen pulak. Hari makin lama makim gelap, senja sudah melabuhkan tirai, burung bangau pun sudah tiada lagi berterbangan. Aku meneruskan larian ke arah jalanraya untuk menuju pulang dengan sedikit perasaan seram.

Mileage tak tau nak agak kerana polar, sunto atau garmin tidak bersamaku, dengan kadar masa 1:20 minit melalui laluan yang rata tanpa bukit langsung. Aku gembira menyaksikan suasana sawah dan kegiatan orang2 dikelilingnya. Lenkali pulang mudahan berjumpa lagi dengan susuk2 yang aku nyatakan itu.

2 Responses to “LARI DI SAWAH”

  1. Manisah Says:

    rasa tertarik dengan cara penyampaian rakaman peristiwa yg berlaku di setiap point yg dinyatakan..yg seram tu kenapa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: