46 OK

Jika 2011 yang berlalu begitu indah seperti bunga mawar putih yang terkena badan aku semasa aku berlari ditepian sawah ahad lepas maka hendaknya 2012 yang akan datang mudahan aku berjumpa bunga yang lagi ngam choi ka ka ka lagi……insyaallah. Pastinya bukan dari bougainvillea.

Jika 2011 semua seteru2 aku telah aku maafkan walaupun kekadang teringat2 maka 2012 mudahan perasaan teringat2 itu harus aku cuba buang sama sekali ke Sungai Klang yang sedia coklat itu.

Jika 2011 tenaga dan konsentrasi aku lebih ke arah swim, bike & run maka 2012 ini mungkin tenaga dalaman aku akan curahkan pula ke atas canvas dan kertas. Badan yang letih tidak membenarkan aku menghasilkan sebuah karya yang membanggakan. Cakap je ni kut macam insaf.

Jika 2011 aku banyak join race dengan fees nya aku tak kisah tapi untuk tahun depan mungkin aku join sebagai pelari hantu tanpa bib nombor kerana aku malas layan registration fees rm50 ke atas (rm30 ke bawah ok). Bersambung lagi ni…pepehal esok adalah hari lahir untuk aku coretkan ke dalam blog Jom Lepak Sekejab dan layan lagu Bunyi Gitar….jom nyanyi sesama sempena hari lahir aku esok…..malu nyanyi enjoy di dalam hati, tak segan kalu sila……sambil gosok2 peha….

6 Responses to “46 OK”

  1. Deo AH Says:

    Selamat hari jadi KR! Slmt panjang umur dan dilimpahkan rezeki, inshaallah… dah 46 ni, bila lagi nak buat 42.195? :p

  2. lina1975 (@lina1975) Says:

    Selamat hari jadi.

  3. Diket Says:

    Semoga keberkatan dan rahmat Allah sama-sama kita kecapi. Amin. InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: