OMBAK

Mengisi hari cuti tahun baru dengan menonton filem ombak rindu melalui astro fest. Bayar rm16 menontonlah di tebesyen di umah selama 2 hari sampai nak rak. Aku tak ter”aura” sangat citer ni tapi oang umah yang tekan butang order. Walau begitu aku tengok sambil lalu je iaitu awal tengah dan akhir. Apa yang aku boleh ulas ialah filem ini ialah sebuah cerita kisah cinta yang lumrah terjadi seperti kisah2 cinta yang telah difilemkan iaitu kecurangan, mak mertua ala2 mak dara dari Azizah Mahzan, bila ada yang baik pasti ada pula yang jahat dan akhirnya “happy ending” yo.

Filem ini digarap dengan baik oleh Osman Abadi. Sinematografi yang sangat mavelos dari kerja tangan Khalid Samad. Pengambaran banyak dibuat di Pulau Langkawi. Adaptasi dari novel asal  Fauziah Ashari yang bukunya sampai 3 buah telah dibaca oleh oang umah aku.

Lakonan dari Maya Karin terbaik begitu juga Aoron Aziz. Lakonan Lisa Surihani pula seolah dipaksa2 dan tidak kelihatan sepontan tapi ok. Mereka profesioanal….ombak rindu menarik ramai penonton melayu ke pawagam. Ramai yang telah tangkap leleh. Banyak juga tisu yang basah setelah air mata keluar angkara filem ini. Rahman kawan aku telah menghulurkan tisu pada emaknya ketika bawak emaknya menonton sama. Pasangan bercinta pula lagi haru seoalah panggung tu umah dia. Kutipan hampir 12 juta ringgit…tahniah. Semoga akan lahir lagi filem2 yang baik cenggini untuk mermatabatkan industri filem tanah air.

Bagi aku pula tiada rindu…..ombak laut ada…..ombak + rindu aku anggap ianya poyo. Jiwang pun ada. Jangan marah ye. Ombak laut banyak kali juga aku menempohnya walupaun aku bukan seorang nelayan. Kisah aku pergi ke Pulau Tioman & Redang sambil berscuba sangat best. Paling ngam choi semasa join atm tri di Mersing tahun lalu kerana ombak yang ganas membuatkan aku minum tak kurang sekole air masin. Ombak PD paling tenang tidak sehebat lamunan ombak di Pantai Cenang di Langkawi. Aku rindu pada ombak seperti yang aku tempoh semasa Kapas/Maran Swimmathon. Rindu itu akan ubati bila akau akan join Tri Kenyir pada bulan mac ini tapi Tasek paling luas di Malaysia ini tidak pula berombak. Tiupan angin dan kuakan serta kocakan tangan kengkawan yang lain sahaja akan menjelmakan ombak itu. Tapi sayang kisah aku dan ombak memang tidak boleh difilemkan. Kalau difilemkan kan jugak ada chance  panggung kosong.

2 Responses to “OMBAK”

  1. ryzals Says:

    Makan tandori sambil layan ongbak lagi sodap tok🙂

  2. Manisah Says:

    lukis la ombak laut tu mesti cantik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: