PAK SANI

Petang tadi aku harus pergi. Kemana? Ke Pameran solo pelukis Md Sani Md Dom atau Pak Sani di Balai Seni Visual Negara (nama asal ialah “lukis” telah di tukar oleh Pak Rais). Dedulu aku pernah bersama beliau semasa di galeri APS Jalan Tun Razak sama2 melukis ketika era 80an. Outdoor painting pun pernah bersama beliau dan geng APS yang lain. Banyak juga aku pelajari darinya dulu dalm selok belok lukisan cat air khususnya. Dari itu aku harus meraikannya dan mengucap tahniah akan pamerannya tadi. Berjabat tangan sambil bertanya khabar setelah berbelas tahun tak berjumpa.

Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman selaku perasmi majlis petang tadi berucap bahawa pelukis self tought macam Pak Sani harus di beri peluang juga untuk mempamirkan karya2 mereka. Aku bersetuju. Ialah tak kan pelukis ternama sahaja yang bolot ruang pameran…sesekali beri chance la pulak.

Pameran dan penerbitan buku untuk Pak Sani bukanlah bertaraf Retrospektif seperti pelukis besar yang lain tetapi ianya dilihat sebagai peluang kepadanya membuktikan kebolehannya sebagai seorang Nelayan (orang kampung) sama taraf menghasilkan karya yang bermutu. Juga cerita2 pengalaman yang telah dibukukan itu boleh dimanfaatkan sebagai bahan dan teks rujukan pada masa akan datang.

Dalam dunia seni lukis jikalau tidak boleh melukis figura dan alam sekelilingnya dengan baik maka turunlah darjat sebagai pelukis. Pak Sani memiliki pakej ini dan tak berani bermain abstrak. Ramai juga yang menyorok kelemahan memasing dengan melukis abstrak tetapi tidak pada Pak Sani kerana realist adalah pegangannya. Pencapaian dan namanya mungkin tidak sehebat Seniman Negara, tetapi sumbangan dan kehadirannya sebagai anak seni yang berada lama di dalam industri ini tetap dihargai. Beliau seorang yang gigih berkarya hampir setengah abad, berpengalaman dan memiliki keunikan tersendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: