POTRET BUDAK

Aku kagum dengan lukisan budak menangis ini sejak sekian lama. Aku ingin mengetahui siapakah pelukisnya lantas aku gogel dan berjaya menemukan insan yang telah tiada lagi yang bernama Bruno Amadio (1911-1981) dan dikenali juga sebagai J. Bragolin (tertera tandatangan itu pada setiap karyanya).

Kagum aku pada karya ini melampaui batas sehinggakan suatu masa dulu aku membeli poskad penanda buku sampai lima keping. Poster besar satu ditampal di dinding bilik. Pasar malam memang banyak dijual sekitar awal tahun 80an. Juga banyak kali aku menyalin gambar ini diatas buku rampaian sekolah.

Kukira ramai kengkawan yang pernah melihat potret budak menangis ni. Siri lukisan ini dikenali sebagai Crying Boys. Lukisan yang mempunyai pelbagai kanak-kanak menangis penuh sayu dan simpati. Ilham dari kesengsaraan kanak 2 yatim piatu pasca peperangan dijelmakan semula menggunakan ruang kanvas.

Beliau merupakan pelukis akademik terlatih, yang bekerja di post-peperangan Venice sebagai pelukis dan illastrator, menghasilkan siri gambar itu untuk pelancong. Sekurang-kurangnya 65 lukisan itu dibuat di bawah nama Bragolin dan semula yang telah dijual di seluruh dunia.

Baru hari ini aku mengetahui bahawa Bragolin adalah pelukis kepada sebuah potret budak menangis yang aku kagumi semenjak sekian lama. Poster dan poskad kecil yang aku beli dulu telah tiada lagi. Begitu juga sketch di buku rampaian sekolah pun tak mungkin ada lagi. Namun kenangan dulu masih membara seolah sebagai pemangkin untuk melukis potret sehebat Bragolin.

One Response to “POTRET BUDAK”

  1. mohd zarul aswadi Says:

    saya ada satu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: