SENJA

Setelah selama 8 hari tak mengasah jalan tadi aku turun jugak lah dengan niat nak mengeluarkan peluh. Cuaca sejuk nyaman menyingkap tabir senja (sebab aku mula dah lewat). Dapatlah dalam 7km irama slow rock ala kura2. Jalan masuk ke kampus UM lenggang kerana penghuninya bercuti maka aku jadi king of the road, mengatur langkah ditengah jalanraya keseorangan.

Damai sunyi kekadang ada juga sebijik dua kenderaan yang lalu dan dengan segera aku memberi laluan. Bila sampai dirumah aku check masa dalam 55 minit…adoiii slow giler pace aku tadi. Ialah berlari ni kalau diabaikan lebih 4 hari maka pace akan kacau merundum lebih2 lagi macam aku ni yang sengal di sana dan di sini. Makan pun tak jaga dan penyebab lain ialah banyak train swimming dari berlari. Irama tak sekata & weight pasti dah naik walaupun aku segan nak timbang…..bahu pun dan kembang. Tak boleh potong angin la nampak gayanya. Apa nak buat asal petang aje ada hal. Mungkin minggu ini nak rancakkan irama rock menjadi heavy metal sikit kut. Race yang bakal aku tempoh dalam waktu yang dekat ini ialah Pacesetter 4x3km Relay, Kidney Run dan Kenyir Tri. Kalau tak berletih sedikit2 mahu pancit nanti.

Setelah mandi seterusnya dengan memakai kain pulikat chap gajah aku mengisi hari cuti begini dengan melukis sebuah pemandangan senja. Masih dalam proses dengan bantuan irama klasik 87.7 di sisi radio.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: