TIADA LAGI

Tiada lagi aku perlu melawatnya. Sebulan berada di IJN. Coronary bypas tidak boleh dilakukan kerana beliau mengidap simpton tyroid. Berpindah ke HKL pula untuk komplikasi kaki yang dirobek akibat diabetis yang memerlukan pakar orthopedik.

Penyudahnya bertempat di ICU, HKL Doktor telah memanggil keluarga memberitahu bahawa Arwah akan meninggal dunia di hari itu juga kerana sistem tubuh tidak berdaya dan berfungsi lagi. Dos ubatan yang bakal habis akan mengikuti juga akhiran hidupnya. Bersama airmata dan sebak hati meraut wajah setiap ahli keluarga yang ada di dalam bilik konsultansi itu.

Hanya mesen bantuan hayat sebagai penyambung nyawa. Dari pagi berdoa hingga ke tengahari terus ke senja dan akhirnya pada jam 11.25 malam monitor denyutan nadi yang berada disisinya menjadi lurus dan Malakul maut mencabut nyawanya.

Satu hari yang panjang dan berakhir di Bilik mayat pada jam 2.30 pagi dengan kereta jenazah membawa pulang ke kampung. Aku turut memandikannya bersama anak2nya yang lain. Tidak dapat lagi aku bersembang bersamanya. Tiada lagi aku menyusur kebun memetik buah2an dengannya. Tiada lagi aku naik motorsikal ke Kebun belakang. Sebuah kenangan indah bersama Abangku. Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu semasa penyempurnaan jenazahnya hingga ke Liang Lahat. Mudahan semuanya diberkati dan dilindungi Allah semasa di perjalanan dalam dunia ini….amin.   Allayarham Taharudin Sulaiman kembali kerahmatullah pada 24 januarai 2012 (Selasa) bersamaan 30 Safar 1433 H. Al fatihah.

2 Responses to “TIADA LAGI”

  1. RaY Says:

    Al-fatihah

  2. hanchik Says:

    Al-fatihah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: