MENARA

Aku memang tak pernah ke sini. Sini ialah sebuah menara yang diperbuat daripada kayu  digelar Menara Condong Teluk Intan. Datang ke sini setelah selesai makan kenduri perkahwinan Rafie di Kg Sg Manik semalam. Singgah la sekejab bersama geng TT Kuda Runners sebelum makan angin ke Teluk Batik pula.

Aku ingin naik ke atas menara tapi tak boleh kerana pintu menara ditutup kerana kerja pengubahusaian dilakukan. Namun begitu aku sempat masuk di bahagian bawah setelah penjaga menara tidur dgn nyenyak. Didalamnya  banyak tergantung frame gambar tentang sejarah Menara dan kisah Teluk Intan (alkisah Intan ialah Janda Muda bergetah)

Kisah dedulu iaitu pada tahun 1884 ada mengatakan bahawa satu rancangan menyambungkan Teluk Anson dengan Durian Sebatang dengan sebuah terusan akan dilaksanakan tetapi tidak jadi.  Kalau jadi ianya akan menyebabkan Teluk Anson menjadi sebuah pulau (lihat gambar). Pemangku Residen Perak ketika itu Frank Swettenham musykil dengan cadangan terusan ini. Perkara itu tidak dijayakan tapi bagi aku pula kalau dibuat mungkin menambah umphh keunikan menara ini dan tempat kawasan ini.

Kini banyak bangunan dikeliling menara didirikan membuatkan menara ini terlindung dan tidak boleh dilihat dari jauh. Teringat ketika menonton filem Superman III ketika dia meluruskan kecondongan Menara Pisa. Sebuah dongeng filem. Jelas kawasan menara Pisa digazetkan sebagai warisan sejarah, tiada bangunan baru didiri dikelilingnya.

Menara Teluk Intan memang klasik sentuhan budaya china dengan imej Pagoda. Perlu di konservasi supaya ianya tidak rebah. Sebuah nilai sejarah yang tinggi. Aku kira tali cable perlu dipasang untuk menampung gelegar bahagian atas seperti yang di buat pada  Pisa Tower demi mengelak dia tumbang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: