RELAY

Pagi tadi diadakan larian relay 3.2km x 4 pelari anjuran Kelab Paceseter, KL. Dimanakah? Padang Merboklah. Dulu ada Rustam cadang nak buat kat UM tapi tak jadi pulak. Syarat menetapkan bahawa kesemua pelari2 hendaklah merangkumi umur 120 tahun maka banyaklah otai2 yang turun. Walaupun otai, kebanyakannya membuat everage 12 minit menandakan dia oang masih fit dan steady. Otai2 ni kebanyakan menjaga makan secara sempurna. Ais tak minum. Daging tak makan dan hanya sayuran je yang dikunyah. Aku pulak belasah semua je…tu pasal la.

Larian bermula pada jam 7.00 pagi dan hari masih gelap lagi. Ketika flag off hendak bermula tetiba lampu padam kat venue event, seolah blackout pulak walau begitu tidak diambik pot oleh semua runners yang kemaruk hendak mula merempit. Kaki dah mengeletek dada dah gabra…begitulah diri seorang pelari. Gelap akan terang jua kerana mentari sudah mula hendak menyuluh didalam hujan yang segan hendak menjadi lebat. Udara sejuk nyaman sekitar Bukit Tunku.

Geng aku iaitu Din Kolam bersama bininya lambat sampai walaupun (Fendi) sudah mula belari. Memang haru siDin ni dibuatnya. Mundar mandir aku mencarinya sehingga cemas tak bertengkar dgn urustetia kat situ pasal menghalang laluan pasal mencarinya…..chitttt.  Nasib dia ngam2 sampai bila aku dah mula masuk pit maka terus aku serahkan bib nomber padanya.  Gundah gelana betul si Din ni kerana semalam dia memanjat Gunung Nuang bersama geng sekolah bininya….almaklumlah terbabas la kut.

Aku menyambut baton yang terlekat timing chip daripada Fendi dan terus mengatur langkah dan sampai dalam duration time lebih kuarang 16 minit lebih gitu (tak rasmi) dan terus pass kepada si Nani dan Din sebagai pelari terakhir. SiDin hanya memakai track bottom belari kerana tak sempat nak tangkap suar pendek lari masa kuar dari rumah. Walau begitu timing Din paling laju (14 minit) Masa keseluruhan geng “UM Ayam Bravo” ialah dalam 73 minit. Belari dalam kumpulan relay ni memang best jika dibandingkan dengan race sengsorang tetapi kalau hendak cun semua geng mesti sampai at least setengah jam awal baru jiwa tenang. Photo oleh Tey Eng Tiong & Fendi.

One Response to “RELAY”

  1. Manisah Says:

    wah bestnya aktif betul berlari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: