LARIAN KIDNEY TADI

Kidney run pagi tadi mengundang lebih kurang 3400 orang pelari yang datang dari segenap pelusok tempat.  Berduyun-duyun rakyat jelata belari memenuhi jalan-jalan sekitar Bukit Tunku, Jalan Parlimen dan Dataran Merdeka. Pelbagai bangsa, adik abang, kakak makcik, pakcik belah emak, atok nenek, baik yang slim, berisi, tough, perut 6 packs dan sepacks je semua datang menyerikan larian ini. Berlari sambil menyorong anak pun ada. Jauh sudah berubah acara larian di Malaysia jka dibandingkan semasa dedulu.

Larian sebagai penyatuan dan tempat bersosial yang amat sihat. Rumah yang jauh datang naik bas/kereta, yang dekat naiklah motosikal contoh macam aku. Masalah parking membuatkan naik moto lagi senang. Naik beskal mungkin tak ada kerana beskal selalu diletak dalam kereta. Jalanraya KL bukan macam di Beijing.

Larian ini pada mulanya dicetuskan oleh Dr. Rafidah Abdullah seorang pakar sakit buah pinggang di Hospital Selayang amat berjaya dengan penyampaian hadiah dilakukan oleh TPM. Jarang TPM boleh turun. Kesedaran orang ramai yang peka terhadap kesihatan memang pada tahap yang tinggi. Semua ingin hidup sihat maka mereka pun berlarilah. Mereka yang sihat pula harus beringat kepada yang kurang bernasib baik. Kegagalan buah pinggang memerlukan rawatan dan ada juga yang perlu diganti demi nyawa. Penderma organ dialu-alukan.

Aku pun sama, belari dengan penyudahnya mencatat masa 42:50s. Itulah saje yang mampu. Kekadang aku memegang pinggang nak rasa buah pinggang secara simbolik. Kasut baru N1080 tak dapat nak menolong untuk mencantas masa kalau badan masih lagi 79kg (kalau aku hampiri penimbang pasti :() Jumlah pembatuan dalam latihan pun tahap ciput….alkisah. Selesai ran aku pun bergegas pergi ke swimming pool buat rengangan dan swim dalam 10 laps. Konon latihan untuk ke Kenyir Tri. Beskal pun jarang-jarang….lari – kadang-kadang, Cemano la nanti yo untuk menempoh tri pulak.

2 Responses to “LARIAN KIDNEY TADI”

  1. RaY Says:

    tahniah tok, patut x jumpa…berdesupp rupanya :))

  2. Manisah Says:

    semangat bro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: