KENYIR TRI

Tasik Kenyir seluas Singapura, memang betul aku dah nengok dari atas katebang semasa balik dari Kapas Marang tahun lepas. Aku tanamkan dalam hati untuk join pada tahun 2012 ni dan impian aku ni dapat dilaksanakan selamat pergi dan pulang sekadar penyertaan. OD Tri paling sukar dalam Msia tapi best kerana keindahan route dan tasiknya.

Semasa mengayuh kekadang aku jadi leka pulak dan kayuhan menjadi slow menikmati keindahan Kenyir. Aku membawa pulang kenangan yang tidak dapat dilupakan bila belari melalui dam lurus sepanjang 2km dan 7 km ber bukit dan kekadang lurus, aku teringat mencurah air berais kedalam running vest bila singgah di stesen air, aku teringat semasa berenang mengikut tali boya sebagai panduan supaya direction aku lurus dan tak lintang pukang, aku heran air tasik ni suam2 kuku dan tak sejuk sangat. Juga aku teringat bila mengayuh naik bukit mencanak yang tingginya 2 kali bukit chenta di UM yang mana aku akur turun dari beskal dan menolak lebih kurang 50m.

Akhirnya aku membawa balik catatan masa 3:36 mnt (tak rasmi). Renangan dengan masa 44 mnt, beskal dapat buat 1:45 mnt dan ran 65 mnt. Syukur impian terlaksana. Gambar-gambar kenangan harus aku kredit kepada Tey Eng Tiong, Din Tawang dan yang lainnya…Terima kasih.

One Response to “KENYIR TRI”

  1. RaY Says:

    Tahniah tok…terbaek🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: