LARIAN SHAPADU

Larian Shapadu sejauh 12km pagi tadi aku akhiri dengan masa 1:12mnt. Setelah demam sejak sabtu lepas dan tumit sebelah kiri diganggu plantar faacities aku gagahkan jugak untuk sampai ke garisan penamat dengan sedikit henjutan melepas gian semasa 1km terakhir. Jadilah setelah slow disepanjang km yang dilalui. Pace dlm 6.2 mnt gitu. Larian tadi sambungan dari semalam selepas aku melayan larian amal sejauh 5.7km di UM dalam masa 31 mnt. Siri2 latihan untuk menurunkan bebanan kalau boleh demi untuk UM staf track & field pada 28 April nanti.

Flag off dimulakan pada 7.05 pagi dengan kuliah subuh masih berkumandang di Masjid Negeri maka disamping berlari dipermulaan race aku sempat mendengar penceramah memberi kuliah di pagi hening tadi. Makin jauh sound speaker makin tak kedengaran dan lelama hilang terus. Indah sungguh dan terasa damai di Shah Alam pagi tadi lebih2 lagi bila venue event berdekatan pula dengan sebuah masjid yang terbesar di Asia Tenggara telah menambah ngam race tadi.

Seperti juga seolah lagu P.Ramlee Taman Firdausi mengiang-ngiang ditelinga. Eh apa kena mengena ni…..Lagu ni masa dalam kete on de way ke tempat kejadian la. Next race minggu depan ialah Larian Kubur…Jangan pelik pulak.

Berjumpa di taman firdausi
Berdua bermadu asmara
Terpisah tak mingkin terjadi
Kerana berjanji setia

Sungguh indah taman ini
Harum kasih bak baiduri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: