LARIAN KUBUR

Larian pagi tadi diberi nama jogathon warisan. Ungkapan yang aku perlu bagi tau ialah kiri kubur, kanan pun kubur itulah nama larian kubur. Route laluan berbukit2 toleh kiri mati tahun 1976 – sebab mati tak tau, toleh lagi lagi tercatat 1982, toleh lagi tahun 1965 (sama tahun aku lahir lak)…..stop sekejab ambik gambo lepas tu sambung run balik. Ehh cun pulak scenery kat sini saujana mata memandang dengan pepohon rendang penuh dengan ukiran batu kuburan yang agak comel jugak bentuknya.

Almaklumlah mana pernah masuk tempat cenggini lantas aku stop lagi kuarkan hset tembak lagi imej. Lelama pace aku terus merundum sebab menempuh bukit yang agak mencanak jugak. Last sekilo yang terakhir aku menapak pulak (bus no mini 11)…jenjalan la beb – pasal tumit (heel pain) dah mula terasa. Elok nak membelok ke finishing line purak2 lari macam bagus pasal nampak Tey bersama mesingunnya. Akhirnya aku sampai dalam masa 72 minit…..easy lenggang kangkung…out of form. Bro Fendi dengan jayanya buat 52 minit dan dapat placing no 29. Dia dapat medal, tahniah. Termasuk larian ni aku dah kali ke 3 kali berturut2 tak dapat medal. Penganjur bagi medal sampai tempat 1-20 je, abis cemana otai lemau macam aku ni nak menambah koleksi medal.

Dari segi sejarahnya larian ini telah mula diadakan semenjak tahun 2001 lagi yang mana telah dianjurkan oleh  Bahagian Pemuda dan Wanita Dewan Perhimpunan Cina Selangor & K.L bersama Persatuan-persatuan Cina yang lain. Hala tujunya ialah menarik orang ramai mengenali warisan sejarah, mengambil berat terhadap tanah perkuburan dan memelihara alam semula jadi dan mengutamakan senaman untuk kesihatan makna kata lambat la sikit nak masuk kat situ (RIP)…joke je ni. Luas sungguh tanah perkuburan Cina ini yang terdiri daripada 8 buah tanah perkuburan atau krematorium dengan jumlah keluasan kira-kira 439 ekar.

Adios…next race UM staf track & field (28 & 29 April) pastu daftar jugak  larian bomba pada 6 Mei. Kalau stim lebih mungkin nak ke PD larian pantai yang dibuat pada sebelah malam iaitu pada 5 Mei.

Layan sekejab…..haiya balu wa tau lupanya olang mati naik kelete lacing

Leave a comment