PD Beach Night Run

Demam malam minggu yang lalu seperti lagu link video klip di bawah telah berlaku acara larian yang dinamakan PD Beach Night Run di Pantai PD Nesmilan. Seperti biasa, aku telah menghadirkan diri untuk join larian memijak pantai sejauh 7km ni. Pertama kali untuk aku bagi race seperti ini. Telah tertera di sijil penyertaan bahawa larian ini telah dimasukan dalam guiness book record edisi M’sia kerana ianya pertama kali dibuat dan jumlah penyertaan yang begitu ramai. Larian memijak pasir pantai yang lembut membuatkan banyak energi digunakan untuk mengatur langkah. Sering aku menuju ke gigi air dan kawasan berumput untuk dapat permukaan yang keras demi mengurangkan rintangan pasir. Laluannya lebih kurang sama dengan route PD Tri tempoh hari.

Sebelum race pada petangnya aku bermain layang2 bersama anak2 dan sempat aku melayan renangan bersama geng TT Kuda. Pelan asal latihan swimming di Avillion ke Bayu terpaksa dikansel kerana disitu terdapat perlumbaan jet ski maka edisi melibas air ditukar ke port pantai Cahaya Negeri. Nak gi ke Teluk Kemang atau Blue Lagon masa tak mengizinkan.

Rejim diet aku bersama quaker oat mendatangkan hasil dengan catatan masa 38 mnt untuk larian ini. Muatan daripada 81.7kg sekarang dah turun ke 79.5kg gitu. Target untuk 74kg masih terus berjalan setelah mendapat kecaman dari chip program wellness dulu. Macam terharu gak ni. Aku hasilkan sebuah video klip khas untuk larian PD beach run ini hanya sesuka bersama geng TT Kuda yang hadir pada masa itu. Lagu back up “Terharu” dendangan Mawi dan Jamal yang aku lupa tulis kat credit titled di hujung video.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: