MUDS di UPM

Setelah melayan kayuh run minggu lepas di UM kali ini tiba masa giliran UPM pula mengambil tempat dalam siri MUDS 2012. Laluan larian taklah seperti pacesetter 10k run dulu yang berlari di padang ragut yang berbukit dan becak tapi route nya mendatar sahaja sejauh lebih kuang 2.7 km. Bagi pelari tegar kacang je lah. Easy la memang tahap makan kacang tapi kalau speed tempo pace bawah 4 minit, cuba try test nengok…… huru hara tak. Flag off kul 9.00…..hot di sepanjang perjalanan.

Run pertama aku buat dengan masa 13 minit diikuti dengan basikal dengan masa 27 minit. Seorang peserta harapan dalam kategori relay Faritz mengalamai tayar pancit. Dalam acara sprint  cenggini kalau tayar buat hal – kim salam jelah. Kayuhan aku dengan grup set sora macam biasa cuma ada sikit adengan attack & breakaaway dengan otai mat salleh sorang tu. Kadang2 ada jugak aku cucuk sekali dua dgn grup students UPNM yang akhirnya dia oang belah ke depan. Kayuhan sepo2 bahasa angin tak bape menderu tamat dgn selamat dan ambik masa 2/3 minit ejas kasut di transation area.

Disiplin larian yang ketiga dibalas dengan catatan masa 16 minit dan mengumpul masa 56.40s keseluruhannya. Penganjur tak ada menyediakan timing cip ataupun timing keeper dan semua keputusan berdasarkan photo yang ditangkap di garisan penamat…agak2 jelah. Tak bape tepatlah tapi tak apalah cos memasing triathlete yg join biasanya ada jam garmin, polar, casio serbaneka gadget tak leh lawan.

Bila sampai di garisan penamat pula announcer menyebut nama aku dari Chap Ayam Runner kerana dia nampak aku memakai vest tertera nama CAR. Semua peserta yang sampai harus diraikan begitu juga aku. Wah glamer pulak rasanya dan sedikit henjutan ala tendangan tumit ke bontot walaupun gas dah habis nafas mcm nyawa2 ikan gamaknya.

Dengan aksi cengitu, tanpa difikirkan tetiba datang 2 oang students UPM minta izin nak wawancara dengan aku dan ajak dia oang kat tempat redup. Pastu meke tanya memacam kat aku, mkn apa, umo bape, training cemana, keje apa, timing bape, lutut aku bekas operate pun dia oang tanya  dan aku pun layan seperti macam oang bakal naik podium. Agaknya mesti tesis untuk mengaji dia oang. Last sekali aku bagitau soh penganjur tu sediakan medal untuk bagi happening event ni lenkali. Murah2 pun tak apa asal eh gayut kat leher. Apa barang bagi kepada top 5 je. Malakoff bagi sponser bayar fees pun sampai 60 hengget, apa ceter beb.

Masa aku pada tahun lepas ialah 61 minit dan pada tahun 2010 dengan masa 56.20 saat. Hanya 0.2o s bezanya banding dengan dua tahun dulu. No PB, harap maklum. Walau apa pun Alhamdulillah fitness aku masih lagi belum menurun sangat dan tak mengalami injury dan kejadian tayar pancit. Dua event je yang aku register untuk hari mendatang iaitu SCKLM dan PD Tri. Harap berjalan dengan lancar. Pinggang dgn lutut yg paling aku bimbang.🙂

Gambar oleh Ecah (dgn azral) dan Amirul Hafiz (membelakangkan kamera)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: