RUN KUDA RUN

Lakaran seekor kuda sedang ketawa dan akhirnya pada malam tadi aku datang jugak ke tempat itu. Taman TT pada sebelah malam memang menarik berlatar belakang kan panorama  cahaya neon di bangunan tinggi KL dan kalau bulan terang kita masih dapat melihat banjaran TT wangsa.

Dari sebuah lakaran pensil maka lahir pula sebuah video suka2 yang menjelaskan bahawa badan aku masih berat lagi. Mestilah berat kan, input melebehi dari workout. Masih 79 kg tertera sudah dijarum penunjuk alat penimbang. Video ni pula aku buat gunakan laptop siYayah malam tadi setelah pulang ke reban dan aku sukar untuk melelapkan mato lantas aku godek2 la perisian movie maker ni. Dengan aku membalun 4 pusingan dalam anggaran 10km dengan catatan masa 58 mnt body aku terover sudah. Memalam sebenarnya tak bagus untuk berletih2an. Dah cakap banyak kali ni.

Dengan kesempatan cuti sekolah ini juga, mm, Aina & Yayah dapat join bersama untuk pukul2 bola bulu ayam sambil menunggu aku selesai berlari. Sampai je kat port dia oang aku soh Yayah shoot gambo aku tengah berlari becos nak nengok amacam larian aku sumbang ke tidak.

Seperti biasa pada setiap malam rabu adalah hari latihan untuk geng2 TT kuda. Ramai yang datang berlatih kecuali Bro Din (coach) tak dapat hadir kerana menumpukan latihan untuk SCKLIM yang akan kunjung tiba tak berapa lagi. Runner perestasi tinggi untuk marathon penuh macam beliau dengan anggaran masa 3 jam ke bawah memang kena disiplin…..kalau tidak nahas. Selesai berlari dia oang semua makan2 di kedai makan berhampiran yang bernama Sani Kuetew. Aku pun join sama tapi rasanya tak lah sedap sangat setakat boleh tahan je. Pepehal pun mari menonton vedio ringkas 1:14 saat ni🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: