LOGO EURO

Sekarang musim bola Euro 2012, sejak dua hari lepas aku sering tido sampai jam 3/4 pagi kerana nengok melangut kat tebesen menyaksikan games yang dibuat secara langsung. Sementelah lagi dengan media pengambaran yang telah maju serta canggih dari segenap sudut pandangan dan berimej HD pula membolehkan pandangan mata aku melihat wajah2 pemain, jersi yang dipakai, penonton yang cun dan tak cun, rumput padang tercabut berterbangan serta panorama kejadian yang lain di dalam stadium dilihat dengan sangat jelas. Channel khas tactical iaitu pandangan dari atas pun ada maka terpakulah aku di screen tv.

Post aku kali ini tidak membicarakan pasal games2 yang berlangsung atau telah diadakan kerana aku bukan pengulas bola macam Rahim Razali dulu tetapi aku suka menyentuh mengenai logo Euro 2012. Sangat menarik dan menjadi pojaaan hatiku. Sering menjelma pada sebelum setiap aksi reverse/reply atau waktu rehat di kaca tv kengkawan semua. Maka itu adalah logo Euro untuk tahun ini.

Logo direka oleh agensi Bradia Central yang berpengkalan di Portugal dengan imej visual dari ‘wycinanka’ (seni tradisional pemotongan kertas) yang diamalkan di kawasan luar bandar Poland dan Ukraine. Imej ini juga sebagai satu penghormatan kepada flora dan fauna rantau itu. Perlu dingat di Jepun seni ini dinamakan origami juga cukup popular.

Logo ‘stangkai bunga mekar’ bermaksud mewakili setiap negara-negara tuan rumah bersama dan imej bola pula melambangkan emosi dan semangat pertandingan, manakala batang menandakan aspek struktur persaingan, UEFA dan bola sepak Eropah. Jangan tak perasan pulak yang di dalam bunga dan bola itu ada kutu tengah angkat tangan. Tanda victory la kan, betul tak?

Alam semula jadi telah memberi inspirasi kepada ciri-ciri lain identiti visual yang aku anggap sebagai klise rekabentuk iaitu dengan hutan (hijau), matahari (kuning), laut & langit (tona biru) dan ungu pekat (pemikiran). Warna2 sebagai pemangkin untuk penjenamaan rasmi kejohanan. Secara jujur, aku kalau banyak duit tak minat nak ke sana kerana ada baik menjengah ke London Olimpik iaitu raja segala event yang termaktub dalam hukum arena sukan. Sudah tentu aku memilih acara track & field, swimming dan triathlon….klise statement ni buat nyampah oang membaca je.

Slogan Euro kali ini ialah ‘Creating History Together’ ‘Mencipta Sejarah Bersama’ bermakna Kejohanan Eropah UEFA di Poland dan Ukraine adalah yang pertama bagi Eropah Tengah dan Timur. Sudah tentu ianya akan mendapat tempat dalam lipatan sejarah, dengan semua orang yang terlibat dalam UEFA EURO 2012 tak kira sebagai tukang kutib bola, pengadil yang fit seperti player, pembersih toilet stadium, tukang tiket, penyebok hinggalah kepada penganjur, negara tuan rumah, bandar-bandar tuan rumah, pemain dan peminat. Mereka semua menyumbang kepada kegemilangan bola sepak Eropah iaitu sebuah benua yang sudah lama bertamadun🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: